Friday, July 30, 2010

" Machonya....bersukan tutup aurat "

machoman-preview.jpg

Pembaca Blog Sekalian.....

InshaAllah, esok pada tarikh 31 Julai 2010, KRJ KL dengan kerjasama IKRAM WP akan menganjurkan program REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT ( RKFT ), Program ini telah dirancang hampir sebulan yang lalu dan telah mendapat sambutan oleh 18 pasukan remaja. 

Pertandingan akan diadakan secara liga dan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu under 15 & under 17.

Pertandingan ini akan diadakan di Sport Seven Wangsa Maju dan akan dirasmikan oleh PENGARAH KRJ PUSAT iaitu Pakcik Mohd Hafiz Abd Hamid.

Antara fokus utama RKFT ini ialah ....

  1. Menambah database remaja KL untuk program-program remaja.
  2. Mendidik remaja bersukan dengan menutup aurat.
  3. Peluang PEMASYURAN IKRAM WP
dalam masa yang sama, para urusetia RKFT akan menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang program-program Remaja anjuran KRJ KL + IKRAM WP, seperti KEMPEN 3R, BEST, Usrah Online dan sebagainya.

Sebagai tanda kenang-kenangan, RKFT akan memberi hadiah button Badge bertemakan " Machonya....bersukan tutup aurat ".

doakan agar RKFT ini mencapai objektifnya...amin  :-)

" Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ....( HAB ) "

Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051

'Remaja Raikan Ramadhan (3R)' Di Masjid Asy-Syakirin KLCC! (2)

Cemerlang di Bulan Ramadhan

3R
Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur (KRJ KL) dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL), Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin KLCC akan menganjurkan:
 Remaja Raikan Ramadhan (3R)
 Tarikh  : 21hb Ogos 2010 sehingga 22hb Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)
 Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
 Masa : 8.00 pagi (Sabtu) - 2.00 petang (Ahad)
 Yuran :  RM 30 sahaja
 Penyertaan :  Remaja yang berumur 13 - 17 tahun
Objektif program;
  1. Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah dikalangan remaja
  2. Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
  3. Mempertingkatkan ukhuwwah dikalangan remaja
  4. Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup
  5. Menyelami sejarah Islam yang berlaku ketika bulan Ramadhan
Antara yang menarik;
  1. Peristiwa Islam di bulan Ramadhan
  2. Laskar Pelangi
  3. Misi ke Langit
Tarikh tutup pendaftaran: 15 Ogos 2010.
Maklumat lanjut, sila layari
  1. http://remaja-kl.blogspot.com
  2. http://jom3r. blogspot. com
  3. http://www.facebook .com/jom3r
Sebarang pertanyaan, hubungi En Mohd Hafiz ditalian 019-7517057 atau Cik Nor Hayati ditalian 013-3628720.

Sumber : Laman Web JIM

'Remaja Raikan Ramadhan (3R)' Di Masjid Asy-Syakirin KLCC!

3rklcc1.jpg
3rklcc3.jpg



Assalamulaikum wrt.............
  
InsyaAllah, Kelab Remaja JIM (KRJ) dan IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan


Program Remaja Raikan ramadhan ( 3R ) pada 21 & 22 Ogos 2010 ini.
Program 3R ini merupakan sebahagian dari kempen 3R yang bakal kami lancar kan bersama JAWI pada minggu hadapan. Antara aktiviti Kempen 3R ini ialah FACEBOOK http://www.facebook.com/jom3r ) , Short Film 3R, Grafiti Ramadhan , Program 3R, Khutbah 3R, Poster & banner 3R di seluruh masjid under JAWI dan banyak lagi yang boleh antum ketahui di blog kempen kami ( http://jom3r.blogspot.com/ )....

Kempen  3R ini merupakan projek anjuran IKRAM WP + KRJ + JAWI. kepada semua yang ada FACEBOOK, boleh LIKE fanpage Facebook kami, dan sebarkan kepada sahabat2 yang lain, target kami ialah 5000 Fan pada 1 Ramadhan ini. 
Ayuh jom pakat ramai-ramai LIKE fanpage Facebook kami!

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghantar anak ke program 3R di masjid KLCC, boleh boleh terus hubungi Saudara Hafiz Hamid (Abang Bai) di talian 0197517051 atau Cik Nor Hayati di talian 0133628720.

jazakallahu khairan kathira....

Facebook kempen 3R  : http://www.facebook.com/jom3r

Blog kempen 3R          : http://jom3r.blogspot.com/

Ramadhan: I'm Lovin' It!







:: Muqaddimah ::


Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini merupakan suatu insiatif pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur. Kempen ini julung-julung kali diadakan dan ianya merupakan Kempen pertama bertemakan ramadhan khas untuk para remaja.


Kempen 3R ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dan pembangunan remaja sebagai tema utama, 3R akan diaturkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai objektif-objektif seperti yang telah digariskan. Bagi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan dan sebagainya.


Kempen 3R ini terbuka kepada semua remaja yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang serba mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.


:: Objektif ::


2.1 Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2.2 Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
2.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
2.4 Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
2.5 Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.




:: Tema ::


"Ramadhan : I'm lovin' it




:: Anjuran ::


Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur
IKRAM Wilayah Persekutuan
JAWI


:: Kempen yang akan diadakan ::



1. FACEBOOK (http://www.facebook.com/pages/Remaja-Raikan-Ramadhan-3R/106122136110293)
2. Poster
3. Banner
4. Short Film ( Competition )
5. Program “ Perang Badar “
6. Program “3R”
7. Ifthar Remaja
8. Grafiti Ramadhan
9. Wallpaper ( Competition )
10. BLOG
11. Paintball
12. Kempen ROQ’




sebarang musykilah, hubungi sekretariat Kempen 3R.


- Abang Bai ( 019-7517051 ) -
- Abg Duke ( 013-670745 ) -
- Kak Yong ( 013-3060673 ) -
- Kak Yatt ( 013-6298720 ) -