Thursday, April 28, 2011

Cadangan Teks Khutbah


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian

Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :


وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

 
Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.

Firman Allah Ta’ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kemudian dia tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan. Jangan ambil persaksian mereka (selepas itu) selama-lamanya. Mereka adalah orang-orang fasik” Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nur:4 - 5).

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ 
ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤) إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ayat-ayat di atas adalah berkaitan dengan satu peristiwa besar yang dihadapi oleh rumahtangga Rasulullah SAW. Ia menyangkut kesah isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA yang dilemparkan tuduhan keji oleh golongan Munafiq di Madinah. Peristiwa inilah yang disebut sebagai hadis ifk. Fitnah jahat yang dilontarkan oleh golongan munafik ini berlatarbelakangkan peperangan Bani Musta’liq atau Perang Muraisi yang berlaku pada bulan Syaaban tahun ke 6 Hijrah. Perang ini dilancarkan ke atas Bani Musta’liq apabila Rasulullah SAW mendengar ketua Bani Musta’liq al-Harith ibn Dirar akan menyerang umat Islam di Madinah.

Monday, April 11, 2011

Thursday, March 31, 2011

Bahaya ghibah dan buhtan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
 
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :


وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.

Firman Allah Ta’ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini umat Islam dihidangkan dengan berita-berita yang mengaibkan peribadi seseorang. Ia terpampang di dada-dada akhbar dan dijadikan berita muka hadapan. Umat Islam pula secara terbuka membicarakan berita-berita yang mengaibkan itu tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah SWT. Hadis yang dibacakan dengan jelas menegaskan bahawa yang menjadi soal bukan samada berita yang dihebah dan dihebohkan itu benar ataupun tidak. Peringatan penting dari hadis itu  ialah perbuatan menghebah dan menyebarkan berita yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan seseorang adalah dosa besar meskipun ianya benar. Kalaulah berita benar sekalipun sudah dihukum berdoasa apatah lagi jika berita yang dihebahkan itu cerita bohong maka dosanya jauh lebih besar lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita diberi amaran yang sangat keras dari Allah SWT tentang membicarakan sesuatu yang tidak ada kepastian sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
(Riwayat Muslim)




Firman Allah dalam Surah al-hujerat

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
                                                                                                            Al-Hujurat 12

Inilah perkara asas dalam agama kita yang perlu diperhatikan dengan serius kerana perbuatan mendedahkan keaiban seseorang sangat besar kesannya di dalam masyarakat. Ia bolih menjejaskan nama baik dan maruah diri dan keluarganya, menimbulkan tanggapan negatif, menghilangkan kepercayaan bahkan mencetuskan permusuhan dan huru hara. Kita diharamkan mendedahkan keaiban seseorang meskipun ia benar. Bagaimana pula jika yang disebarkan itu fitnah atau ‘buhtan’ yaitu cerita bohong…

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”. Ini adalah lafaz Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Muslim perawi (Abdullah bin ‘Amar) r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya Nabi s.a.w. katanya: “Orang Islam manakah yang lebih baik”? Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita bukan sahaja dilarang menghebahkan keaiban seseorang bahkan mencari-cari kesalahan seseorang yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi juga dilarang. Dari satu riwayat yang mahsyur  'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ dalam bab Hisbah menyatakan suruhan Amar Makruf hanya berlaku apabila ia ditinggalkan secara terang-terangan dan nahi mungkar hanya berlaku apabila maksiat nyata dilakukan secara terang-terangan. Ini bererti umat Islam diharamkan dari mengintip dan mencari kesalahan seseorang, sedangkan dia sendiri melakukannya secara sembunyi kerana tidak mahu aibnya diketahui masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lantaran itu Prof Dr yusuf Qardhawi mengatakan tidak ada peruntukan undang-undang bagi menjatuhkan hukuman ke atas orang yang melakukan maksiat secara bersembunyi
                                                                        Al-Qardhawi: Min fiq ad-daulah fil Islam

Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. 

Perkara ini semakin serius apabila ia melibatkan qazaf iaitu menuduh seseorang melakukan jinayah zina tanpa mengemukakan empat orang saksi dan tidak melalui proses atau saluran undang-undang.

َٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tindakan mendedahkan aib peribadi adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Namun Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan umum dan tidak akan melindungi perbuatan zalim yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Jika perbuatan itu melibatkan kezaliman ke atas seseorang seperti jenayah pembunuhan, rogol, rompak dan sebagainya maka maka menjadi kewajipan untuk perbuatan ini didedahkan supaya orang yang dizalimi mendapat pembelaan dan orang lain terpelihara dari menjadi mangsa seterusnya.

Firman Allah SWT.

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

* Cadangan teks khutbah ini disediakan oleh unit tkes khutbah JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Selangor 

Wednesday, March 30, 2011

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Mac 2011 bersamaan 20 Rabiulakhir 1432H

MASYARAKAT PERLU BERPEGANG DENGAN ADAB DAN AKHLAK MULIA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang berat tuduhan salah laku seks terhadap ketua pembangkang.

Isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat kita. Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amar makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila.

Apa pun motif pendedahan ini, IKRAM ingin mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

IKRAM juga memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah. Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya. Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri. Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)

IKRAM menggesa supaya:

1. pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

sumber : Laman Web IKRAM

Wednesday, March 23, 2011


Tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010! 
Kepada yang rasa keputusannya kurang memberangsangkan, janganlah berputus asa. 
Ini bukanlah pengakhiran segala-galanya. Berusaha lagi di masa hadapan. 
Semoga cemerlang di alam UNIVERSITI!

Timbanglah Sebelum Kita Ditimbang

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Marilah kita sejenak menundukkan pandangan kita ke bawah iaitu ke tanah di mana kita berasal dan ke sana pula akhir hidup kita.

Mari kita luangkan waktu sedikit sahaja untuk :

a. Merenungi diri.
b. Bertafakur.
c. Muhasabah.
d. Membuat penilaian terhadap diri kita.

sebelum Allah Yang Maha cermat perhitunganNya menghisab kita di Yaumul Akhir.

Rasulullah saw bersabda :

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang, kerana sungguh mudah hisab di hari kiamat bagi orang yang melakukan hisab di dunia. Maka berhias dirilah dengan amal soleh untuk sebuah peristiwa besar pada hari kiamat."
Kita tidak tahu bila Allah menghisab setiap lembaran kehidupan kita. Bahkan kita tidak tahu bila degupan jantung kita akan berhenti samada setahun lagi, sebulan lagi, sejam lagi, atau mungkin setelah kita membaca catatan ini. Tidak ada yang tahu, bahkan boleh jadi kita sudah tidak dapat berdiri lagi dari tempat duduk kita sendiri selepas ini.

Kebaikan apakah yang kita lakukan dan akan kita bawa sebagai bekalan perjalanan keabadian menuju negeri akhirat yang panjang dan berliku.

Tuesday, March 22, 2011

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
The IKRAM Organisation of Malaysia

22nd March 2011



SYMPATHY FOR THE PEOPLE AND GOVERNMENT OF JAPAN


The 8.9 magnitude earthquake-spawned tsunami that inundated the coasts of Japan on 12th March 2011 has caused grief not only to her people but also to the rest of the world. So far, the confirmed death toll has reached more than 22,000 whilst 20,000 people are still missing or unaccounted for.

In the wake of this double tragedy, two out of six nuclear reactors at the Fukushima Daiichi nuclear plant exploded, spreading fear that the spread of radioactive materials beyond the borders of Japan would be a threat to health in the neighbouring countries of the Asia Pacific region.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), a Malaysian Islamic organisation involved in Islamic call, welfare and educational activities, expresses its condolences to the people and government of Japan. 

IKRAM will participate with the people and the government of Malaysia in extending assistance to the people of Japan, in the spirit of solidarity and friendship. 

IKRAM also urges the Malaysian government to take the necessary measures to ensure the safety of more than 5,000 Malaysians living in Japan.

It is our hope and belief that the Japanese people, known for their discipline and resourcefulness, are able to recover swiftly from this calamity, as they have done during the aftermath of the Second World War. 

We pray for the safety, wellbeing and resilience of the people of Japan.



DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD

President
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)