Saturday, March 27, 2010

Kajian Kes : Pengoperasian RJIM2 melalui Program Membina Pengaruh di Kawasan dan Program Khidmat masyarakat

Oleh : YDP JIM Daerah Batu, Hassan Unir

Pendahuluan

Dalam mengoperasikan Big Picture JIM di medan, terdapat pelbagai peluang yang harus digunakan oleh JIM di kawasan bagi memastikan usaha membina pengaruh dan meraih sokongan dapat dijelmakan sebaik mungkin.

Teras 2 dalam RJIM2 adalah berkaitan usaha usaha kearah membina, meluas dan mengukuhkan sokongan masyarakat kepada Islam. Penulisan ini cuba melihat kepada dua (2) KRA dibawah Teras 2 iaitu 2.9 (Pengaruh di kawasan) dan 2.10 ( khidmat Masyarakat) yang melaluinya JIM berhasrat untuk meraih sokongan masyarakat kepada Islam.

Di dalam hal ini, penulis cuba mengupas cara KRA ini dilaksanakan dalam konteks JIM Daerah Batu, iaitu salah satu daerah dalam jajahan JIM Kuala Lumpur.


KRA rujukan
KRA 2.9.1 : Membina pengaruh dan mendapat kepercayaan serta menjadi tempat rujukan masyarakat

KRA 2.9.2 : Mewujudkan rangkaian & kerjasama dengan NGO, persatuan penduduk, rukun tetangga – melaksanakan program bersama secara berkala.


     Program 1 : Back2 School
Setiap hujung tahun,satu isu yang dihadapi oleh ramai para ibubapa dari golongan berpendapatan rendah ialah membuat persediaan untuk sesi persekolahan anak anak mereka. Menyedari hal ini, JDB bekerjasama denganpejabat Ahli Parlimen untuk menjayakan misi bantuan berbentuk sumbangan beg sekolah dan wang tunai.

Modus Operandi : JDB mencari sumbangan di kalangan ahli dan dermawan; sementara Pejabat YB mendapatkan senarai penerima melalui jaringan mereka di kawasan. Penyampaian pula dilaksanakan di pejabat Ahli Parlimen

Manafaat : Melalui cara ini , JIM tidak terbeban dengan tugas untuk mendapat dan menyaring penerima . Sesi bertemu dengan ibubapa digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan misi dan visi JIM.
Langkah kehadapan : akan menjadikan ini acara tahunan. Program lain sedang diusahakan.

     Program 2 : Sumbangan Fakir Miskin

Dalam Daerah Batu, terdapat banyak flat PPR( Projek Perumahan Rakyat) . Antaranya ialah PPR Batu Muda, PPR Taman Wahyu, PPR Taman Beringin dan PPR Taman Batu. Dalam usaha mendekati masyarakat, JIM bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen untuk mengagihkan sumbangan ( makanan dan wang ) yang diterima dari ahli dari masa kesemasa .

Modus Operandi : Mendapatkan sumbangan dari ajensi seperti Islamic Relief Malaysia yang telah menyumbangkan bahan makanan.

Manafaat : Berjaya membina hubungan antara JIM dengan Ahli Parlimen serta badan tempatan seperti surau dan Ajk Rukun Tetangga . Sesi penyampaian juga digunakan untuk memberi sedikit penerangan tentang visi dan misi JIM.


     Program 3 : Khidmat Masyarakat


JIM Batu telah memanafaatkan jumlah penduduk yang tinggi dalam kawasan PPR dan Flat DBKL untuk melaksanakan program Khidmat Masyarakat dari masa kesemasa , yang menggabungkan beberapa pengisian sekali gus. Dalam suasana kehangatan kempen perjuangan umat Palestin di Gaza sedikit masa dahulu , program Khidmat Masyarakat di Madrasah Nurul Muttakin ,Gombak Setia menggabungkan ciri ciri berikut :
  1. Khidmat Kesihatan
  2. Ceramah Palestin
  3. Program kanak kanak yang bertemakan perjuangan Palestin
  4. Program ala Explorace untuk golongan Remaja.
  5. Jualan buku
Manfaat dari program:
Meluaskan networking dengan institusi Masjid/Surau ,NGO dan badan badan lain
Membina pengaruh dan membina imej JIM sebagai NGO Islam yang prihatin
Melatih ahli menjadi anasir yang boleh berperanan dalam masyarakat

     Program 4 : Program bersama Masjid/Surau Panel

Setelah berada dalam masyarakat sejak 1990, JIM Batu telah membina hubungan dengan lebih 10 masjid/surau yang memudahkan perlaksanaan pelbagai aktiviti masyarakat bersama mereka. Antara yang kehadapan ialah Masjid Saidina Ali, Madrasah Nurul Muttakin, Sura Iktisomiah, Surau Takwa, Surau Al Amin dan Masjid Saidina Hamzah.

Usaha ini akan diteruskan dengan melantik seorang PIC di kalangan AJK JIM untuk menjadi pengantara .
Program Akan datang

Melalui networking yang terbina, beberapa pihak menawarkan agar JIM melaksanakan program . Sebagai contoh, Masjid Saidina Hamzah, Taman Batu Muda, meminta JIM mengemukakan senarai program untuk golongan Remaja.

Penutup

Melalui usaha usaha islah bersama networking yang sedia terbina, moga moga kita tergolong dari kalangan manusia yang dimaksudkan oleh ayat 20, surah At-Taubah:

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang yang memperoleh kemenangan 

No comments:

Post a Comment