Tuesday, March 30, 2010

MH : Boikot jenama penyokong Israel!

a

SHAH ALAM, 28 Mac - Berpanas, berpeluh, berjalan ke sana-sini, berucap, mengedarkan risalah kepada orang ramai sejak jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari tanpa henti. Bayangkan keletihan yang terpaksa diharungi oleh kira-kira 10 orang petugas lelaki dan wanita dalam kempen Boikot Israel "Walkabout" di pintu masuk Pasar Tani Shah Alam, berhampiran Stadium Tertutup Melawati di sini. 

Namun apalah ertinya keletihan yang sedikit itu jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Mereka hidup dalam ketakutan dan suasana perang setiap saat, dan dalam penjajahan selama lebih 60 tahun! Realiti itulah yang membakar semangat petugas-petugas Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan payung yang menggabungkan lebih kurang 50 pertubuhan bukan kerajaan lain dan institusi-institusinya. Para petugas ini berkempen selama lima jam bagi menyebarkan fakta tentang negara haram Israel dan sokongan kewangan yang diberikan oleh empat syarikat besar dunia iaitu Nestle, McDonald, L'Oreal dan Coca-Cola. Orang ramai diharap dapat memahami kempen ini dan berusaha untuk memboikot barangan keluaran empat syarikat berkenaan. 


a"Kita ada senjata yang kuat iaitu ekonomi. Tindakan boikot ini adalah mesej kepada syarikat-syarikat induk kepada empat jenama ini supaya tidak membuat pelaburan di Israel," kata Dr Kamarul Azhar Mohd Razali (gambar) selaku Koordinator Kempen Boikot Israel. 

Ditanya tidakkah tindakan boikot ini menjejaskan para pekerja di syarikat-syarikat tersebut yang kebanyakannya Melayu/Muslim, beliau menjelasan kempen ini bukanlah bertujuan supaya syarikat-syarikat itu ditutup, tetapi ia cuma mahu memberi tekanan ekonomi (economic pressure) supaya syarikat induknya tidak menyokong Israel. 

"Misalnya McDonald Malaysia membuat kenyataan bahawa ia tida menyokong Israel, tetapi disebabkan ia syarikat francais, keuntungan perniagaan disalurkan juga kepada McDonald Corporation di Chicago, Amerika Syarikat. Kita telah membuat kajian dan mendapati bahawa setiap tahun, syarikat induk ini menyalurkan sebanyak USD20 juta melalui Jewish United sebagai bantuan kepada sebuah perkampungan haram di Tebing Barat. 

"Kita nak sampaikan mesej kepada orang ramai supaya mereka faham bahwa duit yang mereka belanjakan digunakan untuk membantu ekonomi Israel. Kalau mereka nak makan (burger) juga, ada banyak alternatif lain. Mereka boleh goreng sendiri, beli daripada syarikat-syarikat tempatan lain misalnya Ramly, Otai dan sebagainya," katanya lagi. 

"Bukan nak mengatakan tidak boleh makan langsung, cuma kurangkanlah sokongan itu. Di barat, jualan McDonald didapati menurun sekarang, tetapi yang peliknya jualan di Asia Tenggara meningkat, menunjukkan masih ramai rakyat kita yang mengunjungi McDonald." 

Usaha boikot ini, tambah Dr Kamarul Azhar, tidak mustahil akan mencapai kejayaan berdasarkan apa yang telah berlaku kepada kerajaan aparteid Afrika Selatan satu ketika dahulu. Apabila dunia memboikot barangan daripada negara itu akibat dasar aparteidnya, rejim Afrika Selatan terpaksa akur dan mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat kulit hitam dan berwarna di sana. Beliau berharap rakyat Malaysia faham kenapa kempen ini dijalankan. 

aKempen yang dilakukan di tapak Pasar Tani Shah Alam ini adalah yang keempat seumpamanya. Kempen sulungnya telah diadakan di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur. Kali ini Pasar Tani dipilih memandangkan jumlah pengunjung yang datang ke pasar ini setiap minggu adalah besar. 

Dr Kamarul Azhar ketika ditemui memakai kostum badut bertujuan menarik perhatian orang ramai terutama ibu bapa yang datang bersama anak-anak. Sebelum itu, beliau mengedarkan belon-belon yang bertulis 'Boikot Israel' secara percuma kepada kanak-kanak. Rakan beliau, Noorazian Anidin (gambar kiri) dilihat sibuk berucap kepada orang ramai mengenai keadaan di Palestin dan menerangkan kenapa mereka perlu menyokong kempen ini. Gerai VPM yang dibuka di pintu masuk ke Pasar Tani itu turut menjual kemeja-T, selendang dan topi Palestin dengan harga yang murah.
aSementara itu seorang pengunjung, Ismail Hashim (gambar kanan), 33, berpendapat kempen yang dijalankan oleh VPM itu satu usaha yang bagus kerana dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. 

"Selama ini, kita di sini hidup senang, tiada peperangan bahkan bencana alam pun (boleh dikatakan) tidak ada, jadi orang ambil tak kisah. Kalau ada masalah yang kecil, kita kata ia terpencil dan tidak mengambil tindakan sewajarnya. Apabila ia menjadi besar nanti, kita juga yang susah. Jadi lebih baik kita mengambil tindakan sekarang. Misalnya walaupun kita menyeru kepada 1Malaysia, mestilah ada batasannya. Hal ehwal agama jangan dipermain-mainkan, jangan biarkan orang luar mempertikaikan agama kita sewenang-wenangnya," katanya yang tinggal di Puchong dan datang menziarahi ibu mentuanya di Shah Alam.
Kempen VPM ini dibuat bersempena dengan kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction) yang kini sedang rancak diperjuangkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi dan pengguna di seluruh dunia. 

a
a
a
a
 Sumber : MalaysiaHarmoni

No comments:

Post a Comment