Monday, August 30, 2010

Jom Iktikaf!

1) Iktikaf Ramadhan JIM/IKRAM Batu
Bermula 30 Ogos 2010 (Isnin), 11.00 Malam
Hingga Akhir Ramadhan
Semua Dijemput Hadir!
PIC : Abdul Kadir 013-3419402

2) Iktikaf Ramadhan JIM Daerah Cheras / IKRAM Bandar Tun Razak
Bermula 30 Ogos 2010 (Isnin), 11.00 Malam
Hingga sahur
PIC : Mat Zaini 019-3040023

Laporan Bergambar " 3R di Masjid Besi, Putrajaya "

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah, pada 28 & 29 Ogos 2010 yang lalu, Pertubuhan IKRAM Putrajaya dengan kerjasama Masjid TMZA telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) untuk remaja sekitar Putrajaya. Subhanallah, mahasuci Allah, peserta yang mendaftar pada hari tersebut berjumlah 122 orang peserta. Program ini telah dikendalikan oleh abang bai dengan bantuan 20 orang fasililitator dari IKRAM Putrajaya dan 4 orang fasi dari KRJ KL.

abang bai memulakan sesi ice breaking nya  :-)

Wednesday, August 25, 2010

[MH] Kerajaan didesak kawal pornografi secara serius

bantah porno

KUALA LUMPUR - Gabungan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam Kuala Lumpur mendesak agar kerajaan mengambil langkah-langkah serius dan bersungguh-sungguh untuk mengawal kebanjiran bahan pornografi di internet dan media massa.

Desakan ini dinyatakan dalam satu sidang media oleh gabungan NGO ini di Ibu Pejabat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Pusat Bandar Melawati dekat sini. Susulan kepada sidang media ini juga, satu memorandum akan dihantar kepada kementerian berkaitan dalam masa terdekat.

Jurucakap gabungan, Dr Hjh Niekmah Adam yang juga merupakan Ketua Wanita JIM Kuala Lumpur menegaskan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan akses yang begitu mudah kepada internet telah mengakibatkan pelbagai masalah termasuk pendedahan bahan-bahan terlarang seperti pornografi.
bantah porno 
“Terdedah kepada unsur-unsur pornografi boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak sihat seperti menggalakkan seks luar nikah dan penzinaan, dan juga penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks” tegas beliau dalam sidang media tersebut

Laporan Bergambar Sidang Media Gabungan NGO Wanita Islam KL

Salam~

Pembaca yang dirahmati Allah.
Semoga dalam ketinggian iman dan amal.

Sedikit laporan untuk perkongsian.

Alhamdulillah, satu sidang media bagi gabungan NGO Wanita Islam KL membantah kebanjiran bahan pornografi di internetdan media massa telah berlangsung pada 23 Ogos 2010 ( 13 Ramadhan 1431) lebih kurang jam 11.30 pg di Kompleks JIM.

Julung-julung kali diadakan setelah perbicangan khusus utk isu ini telah diadakan pada 1 Ogos lepas.
Hasil perbincangan itu juga,  semua NGO terlibat berstuju untuk terus bersama (stand together) untuk isu-isu lain terutama yang melibatkan wanita dan kekeluargaan.



Wakil NGO wanita yg hadir - Nisaa; WP, Darul Najah, Wanita IKRAM WP.


Media yang hadir : Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, Harakah Daily dan Malaysia Harmoni


Ketua Wanita JIM KL, Dr Niekmah bt Adam membacakan kenyataan media.


Wakil-wakil NGO Wanita yang hadir  bergambar  kenangan. Alhamdulillah.

InsyaAllah, satu memorandum terhadap isu yang sama akan dihantar kepada pihak Kerajaan umumnya
dan beberapa Kementerian terbabit dalam masa terdekat.

Sekian


Faridah Maludin
JK Tugas-tugas Khas Wanita JIM KL
( PR & Networking)

[Metro] Kemaruk Bahan Porno

Oleh Aniza Zainudin

2010/08/24

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Statistik yang dikeluarkan Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga kelapan bagi negara paling banyak pencari maklumat mengenai seks sekali gus membuktikan masalah kebanjiran pornografi di Internet dan media semakin serius.

Justeru itu, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam akan menghantar memorandum bantahan mengenai kebanjiran bahan lucah itu kepada tiga kementerian selewat-lewatnya awal bulan depan.
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim) Kuala Lumpur, Dr Niekmah Adam berkata, tiga kementerian itu termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

[Hrkh Daily] Kerajaan perlu serius kawal pornografi

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam Kuala Lumpur akan menghantar memorandum kepada tiga kementerian bagi mendesak langkah yang lebih serius diambil dalam mengawal lambakan bahan pornografi di media massa yang dilihat menjadi punca kepada masalah sosial di negara ini.

Jurucakap gabungan yang diwakili lapan NGO itu, Dr Niekmah Adam berkata, memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang dilihat bertanggungjawab dalam masa terdekat ini.

"Setelah buat pertama kali semua NGO ini mengadakan perbincangan mengenai masalah sosial yang dirumuskan salah satunya berpunca daripada lambakan bahan porno, kami sebulat suara mendesak kerajaan secara umumnya mengambil langkah serius dan bersungguh-sungguh untuk mengawal kebanjiran bahan porno di internet dan media massa," kata Niekmah pada sidang media di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM), dekat sini, hari ini.

Menurutnya, pendedahan terhadap unsur-unsur pornografi di kalangan remaja ini menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kesalahan melibatkan kes jenayah seksual dan juga di kalangan remaja di Malaysia.

Tuesday, August 24, 2010

[MH] Bulan al-Quran

baca quran

Ramadan adalah satu-satunya bulan yang disebut namanya dalam al-Quran. Ia disebut sebagai bulan turunnya al-Quran. Allah tidak menyebutnya bulan puasa, pada hal puasa adalah ibadah utama yang diperintahkan ke atas umat Islam menunaikannya. Allah tidak menyebutnya bulan qiam, pada hal qiam sangat dituntut dalam bulan Ramadan. Tidak juga ia disebut bulan sedekah, pada hal umat digalakkan membanyakkan sedekah pada bulan Ramadan sehingga diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam sangat-sangat pemurah pada bulan Ramadan seumpama angin yang bertiup kencang.
Ramadan dinamakan bulan al-Quran. 

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….”
(Maksud al-Baqarah 2:185) 

Apakah peranan al-Quran dalam hidup kita?