Showing posts with label Kelab Remaja JIM. Show all posts
Showing posts with label Kelab Remaja JIM. Show all posts
Sunday, October 17, 2010
XREK 2010 : Satu Kata, Satu Hati, Satu Aksi
assalamulaikum wrt...
XREK atau nama penuhnya Xpedisi Remaja Kental akan diadakan sekali lagi pada tahun ini. XREK 2010 pastinya akan lebih mencabar, lebih kental, lebih menarik.
" kami mahu memastikan semua peserta tidak tidur selepas program tamat, walaupun sepanjang program XREK 2010, 90% aktivitinya adalah berbentuk outdoor challenge , maka kami mahu lahirkan remaja yang KENTAL dan bertenaga, walaupun dah penant, namun masih berstamina untuk pulang ke destinasi , itu harapan kami " ( kata-kata Pengarah KRJ Pusat )
XREK 2010 ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat dengan kerjasama Unit Remaja IKRAM WP dan KRJ Negeri Sembilan.
Bertemakan "Satu Kata, Satu Hati, Satu Aksi"....XREK 2010 ini menekan keutamaan remaja yang KENTAL sepanjang program dan memastikan para peserta mengetahui tentang apakah itu "Salimun Akidah " ataupun "Akidah Sejahtera "....
Maklumat asas bagi program ini ialah...
Tarikh : 30 Nov - 2 Dis 2010
Tempat : Brindley Training & camp , Port Dickson.
sasaran : Anak-anak ahli JIM / IKRAM
: Peserta Halaqah / Usrah KRJ atau Remaja IKRAM.
: Pelajar-pelajar sekolah jaringan MUSLEH.
Yuran : RM 80 ( peserta Lelaki ) - RM 90 ( Peserta Perempuan )
Tarikh tutup pendaftaran : 15 Nov 2010
untuk pendaftaran....sila hubungi Pengarah KRJ Negeri / PIC Unit Remaja IKRAM Masing-masing.
Layari http://xrek2010.blogspot.com/ untuk mendapat info terkini X-Rek 2010
Thursday, September 30, 2010
BEST 10 : "Korbankan Aku"
Agenda :
- 8.00am - Pendaftaran & Sarapan
- 9.00am - management Game
- 9.30am - Pasca-Ramadhan
- 10.00am - " Korbankan aku" ( sempena raya Qurban )
- 12.00tgh - " Cuti-Cuti Malaysia " ( Persiapan Cuti Sekolah )
- 12.45tgh - Ole-Ole BEST
- 1.15 pm - Solat Zohor
- 1.30 pm - Lunch ( BBQ )
- 2.00pm - Bersurai
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051
hafizbai@gmail.com
Tuesday, September 21, 2010
Monday, August 30, 2010
Laporan Bergambar " 3R di Masjid Besi, Putrajaya "
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah, pada 28 & 29 Ogos 2010 yang lalu, Pertubuhan IKRAM Putrajaya dengan kerjasama Masjid TMZA telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) untuk remaja sekitar Putrajaya. Subhanallah, mahasuci Allah, peserta yang mendaftar pada hari tersebut berjumlah 122 orang peserta. Program ini telah dikendalikan oleh abang bai dengan bantuan 20 orang fasililitator dari IKRAM Putrajaya dan 4 orang fasi dari KRJ KL.

abang bai memulakan sesi ice breaking nya :-)
Labels:
IKRAM,
Kelab Remaja JIM,
Program,
Remaja Raikan Ramadhan
Tuesday, August 24, 2010
Laporan Bergambar " 3R di Masjid KLCC "
Alhamdulillah, pada 21 &22 ogos yang lalu, Kelab Remaja JIM ( KRJ ) dengan kerjasama IKRAM WP & Masjid Asy-syakirin KLCC telah menganjurkan program remaja raikan ramadhan ( 3R ) bertempat di Dewan Utama Masjid Asy-syakirin KLCC. Program ini telah dihadiri oleh 85 orang peserta. Pada asalnya jumlah pra-penyertaan adalah 130 orang, namun oleh kerana terdapat sekolah ganti pada hari sabtu 21 Ogos, maka ramai peserta yang terpaksa menarik diri disaat akhir.


Program dimulakan dengan Ice Breaking “Riang Ria Ramadhan “ oleh abang bai, para peserta disaji dengan aktiviti yang menyeronokkan & mencabar.

Kemudian program disusuli dengan Slot Pengisian pertama yang bertajuk “la’allakum Tattaqun” yang telah disampaikan oleh IR Faridul Farhan, antara isi yang menarik ialah, apabila ayat 183 dalam surah al-baqarah itu diterjemah bentuk Sains dan dibahagikan kepada 3 perkara, iaitu INPUT, PROSES & OUTPUT.
INPUT : Wahai orang-orang yang beriman
PROSES : Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang dilakukan oleh generasi sebelum kamu
OUTPUT : Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa
Labels:
IKRAM,
JIM KL,
Kelab Remaja JIM,
Program,
Ramadhan,
Remaja Raikan Ramadhan
Sunday, August 22, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Sunday, August 15, 2010
:: Pertandingan Desktop Wallpaper :: ( kempen 3R )
Diumumkan PERTANDINGAN WALLPAPER RAMADHAN 3R!! Syaratnya:
1. Gaya bebas, tiada had umur
2. Mempunyai mesej ringkas ttg Ramadhan yg UNIK
3. Saiz minima 800 x 600 pixel, format Jpeg
4. Boleh post lebih dari satu design, sila postkan ke wall Jom3R ni
Jom! join pertandingan ini... luahkan creativity anda!
** syarat penting: anda mesti bersama kami di dalam fanpage FACEBOOK kempen 3R ( click : http://www.facebook.com/ jom3r )
Oh ya! Hadiah istimewa dari Brotherhood Arts
" Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ....( HAB ) "
Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051
:: http://hafizbaiel.blogspot.
:: http://remaja-kl.blogspot.com/ ::
Thursday, August 12, 2010
Monday, August 9, 2010
KENYATAAN MEDIA : KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN
KENYATAAN MEDIA
KELAB REMAJA JIM KUALA LUMPUR
PERTUBUHAN IKRAM WILAYAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
9 OGOS 2010
Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dalam pembangunan sakhsiah remaja dengan melalui melalui atau mengalami ‘madrasah’ Ramadhan yang serba mencabar disamping boleh mengisi masa di Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang telah diaturkan sepanjang Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini.
Kempen ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur, Pertubuhan IKRAM Wilayah, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di bawah inisiatif pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur.
Kempen ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun di sekitar Kuala Lumpur, dengan misi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT dan mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan.
Objektif utama pelaksanaan kempen ini ialah :
1. Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2. Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
3. Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
4. Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu
cara hidup.
5. Menyelami sejarah Islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.
Kempen yang berjalan bermula tarikh 27 Julai hingga 10 September ini meliputi 12 kaedah perlaksanaan utama iaitu melalui:
a) FACEBOOK
Sejajar dengan perkembangan teknologi remaja kini, Facebook ‘Remaja Raikan Ramadhan’ mensasarkan 5000 ahli menjelang 1 Ramadhan dan komunikasi secara lansung bersama ahli berlaku melalui pesanan ringkas harian dan gambar-gambar yang akan dimasukkan secara berkala. http://www.facebook. com/jom3r
b) Poster
Poster yang dapat menarik perhatian remaja diletakkan di semua masjid dengan kerjasama JAWI, disamping ditampal di sekolah-sekolah dan perhentian bas terpilih.
c) Banner
Banner digantung di beberapa lokasi termasuk sekolah, bazaar Ramadhan, masjid dan jejantas.
d) Filem Pendek
Dua (2) filem pendek bertemakan “ Remaja Raikan ramadhan “ dan “ Remaja Raikan raya “ yang disediakan oleh beberapa kumpulan remaja disebarkan di Internet melalui laman web bersesuaian.
e) Program “ Perang Badar “
Satu konsep program yang mengambil iktibar dari Perang Badar dengan aktiviti ceramah, treasure hunt dan aktiviti fizikal yang lain.
f) Program “3R”
Program pembangunan sakhsiah remaja dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan di 5 lokasi berbeza di sekitar Kuala Lummpur.
g) Majlis berbuka puasa Remaja
Majlis berbuka puasa bersama golongan remaja kurang upaya seperti remaja cacat mental atau fizikal. Majlis akan diadakan dengan kerjasama MAKPEM.
h) Grafiti Ramadhan
Seni yang diminati remaja ini mampu merancakkan lagi kempen ini dengan mengajak remaja membuat graffiti bertemakan Ramadhan.
i) Wallpaper
Pertandingan Desktop Wallpaper bertemakan Ramadhan diwarwarkan melalui saluran facebook dengan penyertaan dari remaja seluruh Lembah Klang.
j) BLOG
Blog sebagai salah satu daripada media kempen. Alamat blog: http://jom3r.blogspot.com/
k) Paintball
Aktiviti mencabar yang akan dilaksanakan di bulan Ramadhan.
l) Kempen ROQ’
Aktiviti berkaitan Palestin dijalankan pada tarikh 21 Ogos 2010 bersempena hari memperingati Al-Quds.
Melalui kempen ini pihak penganjur berharap tahap dapat meningkatkan lagi penghayatan dan kefahaman golongan remaja dalam melalui hari-hari dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini. Bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi setiap amalan yang memberi manfaat pada yang lain akan dilimpahi dengan pahala yang berganda di bulan Ramadhan.
Usaha menjayakan kempen ini juga tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari pihak ibu bapa, guru, dan masyarakat di sekeliling yang menyokong para remaja ini dalam setiap amalan yang dilakukan.
Semoga setiap yang terlibat dalam menjayakan kempen ini diganjari pahala berlipat ganda dan setiap amal yang dilaksanakan mendapat keberkatan dari Allah swt.
Mohd Hafiz Abd Hamid
Pengarah Kempen 3R
Pertubuhan IKRAM Wilayah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM )
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
3R Di Masjid KLCC
Tarikh :
21 & 22 Ogos 2010
Tempat :
Masjid KLCC
Sasaran :
Remaja 13 – 17 Tahun
Anjuran :
Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur
Pertubuhan IKRAM Wilayah
Dengan Kerjasama :
Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Objektif :
1.1 Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
1.2 Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
1.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
1.4 Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
1.5 Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.
Yuran : RM 30 sahaja.
Penyertaan : 13 -17 tahun sahaja
Maklumat Lanjut, sila Hubungi :
Hafiz bai : 019-7517051
Kak Yatt : 013-6298720
E-mail : hafizbai@gmail.com
Jangan CLICK !!! - http://www.facebook.com/jom3r
Friday, August 6, 2010
PELANCARAN KEMPEN 3R
Pelancaran Kempen 3R adalah seperti berikut.
tarikh : 9 Ogos 2010 ( isnin )
Masa : 2pm-4pm
Lokasi : Dewan Muslimat, Masjid Wilayah
sasaran
Peserta : Semua Sekreatriat Kempen 3R
: wakil JAWI
: wakil bagi semua masjid under JAWI.
: Media
: Ikhwah & akhwat JIM KL / IKRAM WP
agenda kempen :
2.00 : Kehadiran peserta
2.30 : Ucapan alu-aluan MC
2.45 : Kenyataan Akhbar " kempen 3R "
3.00 : gimik pelancaran - ( Short film : Promo ramadhan )
3.05 : Video Clip Khas "Marhaban Ya Ramadhan "
3.10 : Soal - jawab
3.15 : Penyampaian bahan Kempen kepada wakil Masjid.
3.20 : Sesi Bergambar
3.30 : Jamuan Ringan
4.00 : Bersurai
Jangan CLICK !!! - http://www.facebook.com/jom3r
Monday, August 2, 2010
REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT
assalamualaikum wrt...
alhamdulillah, pada 31 Julai 2010 yang lalu, IKRAM WP dengan kerjasama KRJ telah berjaya menganjurkan REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT ( RKFT ) bertempat di Sport Seven wangsa maju.
RKFT ini telah disertai oleh 8 Kumpulan bawah 17 tahun & 8 kumpulan bawah 15 tahun. Perasmian & sedikit Tazkirah telah dilaksanakan oleh TYDP JIM Kuala Lumpur akhi Mohamad Bin Abd Hamid,
Kemudian disusuli dengan Taklimat serta peraturan RKFT oleh En Aidil Akhbar. Seterusnya peringatan dari abg bai " Syarat Wajib RKFT ialah menutup AURAT, mana2 kumpulan yang tidak mematuhi syarat ini, penyertaan mereka akan terbatal."








banner RKFT yang sempat digantung, menyerlahkan lagi suasana Futsal pada hari tersebut.
aksi-aksi peserta RKFT...
lagi aksi peserta...ligat..ligat...
Pengurus kumpulan terbaik setakat ini :-)
Orang kuat yang menguruskan perjalanan pertandingan...
oleh kerana pakcik2 semua dah menggigil lutut nak sepak bola, ana bagi peluang depa main dengan peserta kejap....( kalau bahasa remajanya" sangap dah tu " )
Solat Zohor Beramai-ramai di gelanggang Futsal, siap azan lagi dalam gelanggang..dan sempat kami beramai-ramai doakan agar sahabat2 di gelanggang lain turut serta berjemaah bersama kami...."futsal-futsal juga..solat jangan tinggal beb...)
Penutup RKFT telah disempurnakan oleh akhi Raswan dari IKRAM WP, kesimpulan yang beliau buat cukup ringkas iaitu " menutup aurat tidak menghalang kita untuk cemerlang dalam bersukan ..." i like it "...
program yang bermula pada jam 9am itu berakhir pada jam 4.15 petang.
alhamdulillah, ucapan jazakumullahu khairan kathira ana ucapkan kepada :
akhi aidil akhbar, akhi Mohamad web, akhi raswan, zairuol aduka, sulaim milhan, akhi nazeli ( 100plus water boy ) , akhi hafidz hasyim, pengadil-pengadil , akhi Ralim dari rawang, akhi aizat selamat,akhi ghazali parman dan ramai lagi yang telah menjayakan RKFT ini.
sesungguhnya, masih banyak kekurangan yang perlu kami perbaiki, i.Allah akan terus diperbaiki .
berjumpa lagi di RKFT selepas ini :-)
Hafiz Bai
Friday, July 30, 2010
" Machonya....bersukan tutup aurat "
Pembaca Blog Sekalian.....
InshaAllah, esok pada tarikh 31 Julai 2010, KRJ KL dengan kerjasama IKRAM WP akan menganjurkan program REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT ( RKFT ), Program ini telah dirancang hampir sebulan yang lalu dan telah mendapat sambutan oleh 18 pasukan remaja.
Pertandingan akan diadakan secara liga dan dipecahkan kepada 2 kategori iaitu under 15 & under 17.
Pertandingan ini akan diadakan di Sport Seven Wangsa Maju dan akan dirasmikan oleh PENGARAH KRJ PUSAT iaitu Pakcik Mohd Hafiz Abd Hamid.
Antara fokus utama RKFT ini ialah ....
- Menambah database remaja KL untuk program-program remaja.
- Mendidik remaja bersukan dengan menutup aurat.
- Peluang PEMASYURAN IKRAM WP
dalam masa yang sama, para urusetia RKFT akan menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang program-program Remaja anjuran KRJ KL + IKRAM WP, seperti KEMPEN 3R, BEST, Usrah Online dan sebagainya.
Sebagai tanda kenang-kenangan, RKFT akan memberi hadiah button Badge bertemakan " Machonya....bersukan tutup aurat ".
doakan agar RKFT ini mencapai objektifnya...amin :-)
" Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ....( HAB ) "
Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051
'Remaja Raikan Ramadhan (3R)' Di Masjid Asy-Syakirin KLCC! (2)
Cemerlang di Bulan Ramadhan

Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur (KRJ KL) dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL), Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin KLCC akan menganjurkan:
Remaja Raikan Ramadhan (3R) | ||
Tarikh | : | 21hb Ogos 2010 sehingga 22hb Ogos 2010 (Sabtu & Ahad) |
Tempat | : | Masjid Asy-Syakirin KLCC |
Masa | : | 8.00 pagi (Sabtu) - 2.00 petang (Ahad) |
Yuran | : | RM 30 sahaja |
Penyertaan | : | Remaja yang berumur 13 - 17 tahun |
- Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah dikalangan remaja
- Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
- Mempertingkatkan ukhuwwah dikalangan remaja
- Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup
- Menyelami sejarah Islam yang berlaku ketika bulan Ramadhan
- Peristiwa Islam di bulan Ramadhan
- Laskar Pelangi
- Misi ke Langit
Maklumat lanjut, sila layari
Sebarang pertanyaan, hubungi En Mohd Hafiz ditalian 019-7517057 atau Cik Nor Hayati ditalian 013-3628720.
Sumber : Laman Web JIM
'Remaja Raikan Ramadhan (3R)' Di Masjid Asy-Syakirin KLCC!
Assalamulaikum wrt.............
InsyaAllah, Kelab Remaja JIM (KRJ) dan IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan
Program Remaja Raikan ramadhan ( 3R ) pada 21 & 22 Ogos 2010 ini.
Program 3R ini merupakan sebahagian dari kempen 3R yang bakal kami lancar kan bersama JAWI pada minggu hadapan. Antara aktiviti Kempen 3R ini ialah FACEBOOK ( http://www. facebook.com/jom3r ) , Short Film 3R, Grafiti Ramadhan , Program 3R, Khutbah 3R, Poster & banner 3R di seluruh masjid under JAWI dan banyak lagi yang boleh antum ketahui di blog kempen kami ( http://jom3r.blogspot.com/ ) ....
Kempen 3R ini merupakan projek anjuran IKRAM WP + KRJ + JAWI. kepada semua yang ada FACEBOOK, boleh LIKE fanpage Facebook kami, dan sebarkan kepada sahabat2 yang lain, target kami ialah 5000 Fan pada 1 Ramadhan ini.
Ayuh jom pakat ramai-ramai LIKE fanpage Facebook kami!
Bagi sesiapa yang berminat untuk menghantar anak ke program 3R di masjid KLCC, boleh boleh terus hubungi Saudara Hafiz Hamid (Abang Bai) di talian 0197517051 atau Cik Nor Hayati di talian 0133628720.
jazakallahu khairan kathira....
Facebook kempen 3R : http://www.facebook.com/ jom3r
Blog kempen 3R : http://jom3r.blogspot.com/
Ramadhan: I'm Lovin' It!
![]() :: Muqaddimah :: Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini merupakan suatu insiatif pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur. Kempen ini julung-julung kali diadakan dan ianya merupakan Kempen pertama bertemakan ramadhan khas untuk para remaja. Kempen 3R ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dan pembangunan remaja sebagai tema utama, 3R akan diaturkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai objektif-objektif seperti yang telah digariskan. Bagi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan dan sebagainya. Kempen 3R ini terbuka kepada semua remaja yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang serba mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. :: Objektif :: 2.1 Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja. 2.2 Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. 2.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja. 2.4 Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup. 2.5 Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan. :: Tema :: "Ramadhan : I'm lovin' it :: Anjuran :: Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur IKRAM Wilayah Persekutuan JAWI :: Kempen yang akan diadakan :: 1. FACEBOOK (http://www.facebook.com/pages/ 2. Poster 3. Banner 4. Short Film ( Competition ) 5. Program “ Perang Badar “ 6. Program “3R” 7. Ifthar Remaja 8. Grafiti Ramadhan 9. Wallpaper ( Competition ) 10. BLOG 11. Paintball 12. Kempen ROQ’ sebarang musykilah, hubungi sekretariat Kempen 3R. - Abang Bai ( 019-7517051 ) - - Abg Duke ( 013-670745 ) - - Kak Yong ( 013-3060673 ) - - Kak Yatt ( 013-6298720 ) - |
Wednesday, June 23, 2010
Program Pembangunan Sahsiah Pelajar: “Keindahan Bersamamu” Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Seramai 188 orang pelajar Sekolah Menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengikuti program Keindahan Bersamamu anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 5 dan 6 Jun 2010 (Sabtu dan Ahad). Program yang diadakan selama dua hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Knowing Me, Knowing You, Inteam, Badan Cergas Otak Cerdas, Meniti Angin Malam, Kini dan Hijrah, Ku Sayang Ibu Ayah, Menyemai Kasih Menuai Sayang dan juga Rumahku Syurgaku. Selain itu, aktiviti Menyemai Kasih Menuai Sayang merupakan aktiviti kemuncak yang melibatkan ibu bapa pelajar. Dalam aktiviti ini para pelajar diberikan semangat untuk memajukan diri dalam pelajaran dan mengenali diri serta menyuburkan rasa kasih sayang kepada Allah dan keluarga khususnya ibu bapa. Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tanggugjawab sebagai khalifah serta memberi suntikan semangat motivasi untuk menjadi muslim yang sejati. Program Keindahan Bersamamu ini juga merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. |
Tuesday, June 8, 2010
“Hantar hero/heroin ke Gaza!” - Lukis Kartun Bersama Abe
Pejabat JIM Batu, 8 Jun 2010 - Program “Jom Belajar Lukis Kartun Bersama Kartunis Abe” mendapat sambutan hangat di mana 27 peserta telah menghadiri program ini melebihi sasaran penganjur iaitu 20 orang peserta. Peserta yang hadir terdiri daripada anak-anak berumur 7 hingga 15 tahun.
Program yang berbentuk bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh kartunis terkenal Abe atau nama sebenarnya Tuan Mohd Azhar. Abe adalah pelukis asal siri “Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk” dalam majalah ASUH yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak.
Program sehari ini dimulai dengan penerangan mengenai kartun, macamana untuk mendapat pahala melalui kartun dan adab-adab dalam menghasilkan kartun. Seterusnya peserta didedahkan teknik-teknik asas melukis kartun dimulai dengan melakar muka kawan di sebelah. Ada juga peserta yang tidak tahu langsung melukis. Abe mengatakan sesiapa saja yang boleh membuat 3 bentuk garisan iaitu; garisan lurus, garisan bengkok dan bulatan, mereka sebenarnya boleh melukis kartun. Tiga garisan tadilah yang digunakan untuk melukis kartun, tak ada garisan keempat.
Antara perkara yang dipelajari oleh peserta ialah:
Subscribe to:
Posts (Atom)