Wednesday, June 23, 2010

Program Pembangunan Sahsiah Pelajar: “Keindahan Bersamamu” Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Seramai 188 orang pelajar Sekolah Menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengikuti program Keindahan Bersamamu anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 5 dan 6 Jun 2010 (Sabtu dan Ahad).

Program yang diadakan selama dua hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Knowing Me, Knowing You, Inteam, Badan Cergas Otak Cerdas, Meniti Angin Malam, Kini dan Hijrah, Ku Sayang Ibu Ayah, Menyemai Kasih Menuai Sayang dan juga Rumahku Syurgaku.

Selain itu, aktiviti Menyemai Kasih Menuai Sayang merupakan aktiviti kemuncak yang melibatkan ibu bapa pelajar. Dalam aktiviti ini para pelajar diberikan semangat untuk memajukan diri dalam pelajaran dan mengenali diri serta menyuburkan rasa kasih sayang kepada Allah dan keluarga khususnya ibu bapa.

Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tanggugjawab sebagai khalifah serta memberi suntikan semangat motivasi untuk menjadi muslim yang sejati. Program Keindahan Bersamamu ini juga merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang.
Program ini telah berjalan lancar melibatkan sebahagian besar fasilitator daripada Kelab Remaja JIM (KRJ) serta kakitangan masjid sebagai urusetia.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Md. Ali bin Sarbini, Imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selain itu, Ustaz Baharudin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI turut sama dalam majlis tersebut.
Sesi taklimat sebelum program dijalankan.
Antara peserta kursus pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5.
Program 'knowing me dan knowing you'.
Sesi menyemai kasih menuai sayang.
Majlis penutupan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tarikh :   14 Jun 2010
Sumber : Pengarah Bahagian
Editor : PRO JAKIM
Hits :  441  

No comments:

Post a Comment