Monday, August 9, 2010

KENYATAAN MEDIA : KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN

KENYATAAN MEDIA

KELAB REMAJA JIM KUALA LUMPUR
PERTUBUHAN IKRAM WILAYAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

9 OGOS 2010

Kempen Remaja Raikan Ramadhan  (3R) ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dalam pembangunan sakhsiah remaja dengan melalui melalui atau mengalami ‘madrasah’ Ramadhan  yang serba mencabar disamping boleh mengisi masa di Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang telah diaturkan sepanjang Kempen Remaja Raikan Ramadhan  (3R) ini.

Kempen ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur, Pertubuhan IKRAM Wilayah, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di bawah inisiatif  pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur.

Kempen  ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun di sekitar Kuala Lumpur, dengan misi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT dan mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan.

Objektif utama pelaksanaan kempen ini ialah :
1.                  Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2.                  Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
3.                  Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
4.                  Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu 
            cara hidup.
5.                  Menyelami sejarah Islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.

Kempen yang berjalan bermula tarikh 27 Julai hingga 10 September ini meliputi 12 kaedah perlaksanaan utama iaitu melalui:

a)     FACEBOOK
Sejajar dengan perkembangan teknologi remaja kini, Facebook ‘Remaja Raikan Ramadhan’ mensasarkan 5000 ahli menjelang 1 Ramadhan  dan komunikasi secara lansung bersama ahli berlaku melalui pesanan ringkas harian dan gambar-gambar yang akan dimasukkan secara berkala. http://www.facebook.com/jom3r

b)     Poster
Poster yang dapat menarik perhatian remaja diletakkan di semua masjid dengan kerjasama JAWI, disamping ditampal di sekolah-sekolah dan perhentian bas terpilih.

c)      Banner
Banner digantung di beberapa lokasi termasuk sekolah, bazaar Ramadhan, masjid dan jejantas.

d)     Filem Pendek
Dua (2) filem pendek bertemakan “ Remaja Raikan ramadhan “ dan “ Remaja Raikan raya “ yang disediakan oleh beberapa kumpulan remaja disebarkan di Internet melalui laman web bersesuaian.



e)      Program “ Perang Badar “
Satu konsep program yang mengambil iktibar dari Perang Badar dengan aktiviti ceramah, treasure hunt dan aktiviti fizikal yang lain.

f)       Program “3R”
Program pembangunan sakhsiah remaja dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan di 5 lokasi berbeza di sekitar Kuala Lummpur.

g)      Majlis berbuka puasa Remaja
Majlis berbuka puasa bersama golongan remaja kurang upaya seperti remaja cacat mental atau fizikal. Majlis akan diadakan dengan kerjasama MAKPEM.

h)     Grafiti Ramadhan
Seni yang diminati remaja ini mampu merancakkan lagi kempen ini dengan mengajak remaja membuat graffiti bertemakan Ramadhan.

i)        Wallpaper
Pertandingan Desktop Wallpaper bertemakan Ramadhan diwarwarkan melalui saluran facebook dengan penyertaan dari remaja seluruh Lembah Klang.

j)        BLOG
Blog sebagai salah satu daripada media kempen. Alamat blog: http://jom3r.blogspot.com/

k)      Paintball
Aktiviti mencabar yang akan dilaksanakan di bulan Ramadhan.

l)        Kempen ROQ’
Aktiviti berkaitan Palestin dijalankan pada tarikh 21 Ogos 2010 bersempena hari memperingati Al-Quds.

Melalui kempen ini pihak penganjur berharap tahap dapat meningkatkan lagi penghayatan dan kefahaman golongan remaja dalam melalui hari-hari dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini. Bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi setiap amalan yang memberi manfaat pada yang lain akan dilimpahi dengan pahala yang berganda di bulan Ramadhan.

Usaha menjayakan kempen ini juga tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari pihak ibu bapa, guru, dan masyarakat di sekeliling yang menyokong para remaja ini dalam setiap amalan yang dilakukan.

Semoga setiap yang terlibat dalam menjayakan kempen ini diganjari pahala berlipat ganda dan setiap amal yang dilaksanakan mendapat keberkatan dari Allah swt.


Mohd Hafiz Abd Hamid
Pengarah Kempen 3R
Pertubuhan IKRAM Wilayah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM )
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

No comments:

Post a Comment