Sunday, August 22, 2010

Rayuan Ramadhan : Ayuh, santuni saudara seIslam..



Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit“. -Riwayat al-Bukhari



Semoga ia mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan/ keperitan umat Islam yang lain.
 
Ayuh saudara dan saudari…

Tunaikan tanggungjawab anda terhadap umat Islam yang sedang dizalimi, ditindas, dilupakan, yang berjuang di jalan Allah dengan menyumbang kepada mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
riwayat-bukhari
“Seseorang tidak dianggap beriman sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” Riwayat Bukhari & Muslim.

Ayuh… Kita santuni saudara seIslam kita

1. Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan / kesempitan hidup yang mereka hadapi
2. Menunaikan tuntutan hak sesama muslim

3. Dapat menzahirkan keprihatinan serta kasih sayang kepada umat Islam yang lain
4. Dapat mengeratkan lagi tautan ukhwah sesama muslim
5. Tanda kesyukuran kerana orang lain dapat berkongsi nikmat yang Allah berikan kepada kita
6. Mengingatkan kita kepada kesabaran serta kesanggupan menerima perintah Allah secara mutlak
7. Mewujudkan rasa kesedaran & keinsafan dalam diri kita
8. Bila mana kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah. Allah akan mudahkan urusan kita
9. Dengan menolong orang lain, insyaAllah kita akan mendapat satu kepuasan dalam hidup.
10. Kita akan terasa hidup lebih bermakna bila kita membantu orang lain.
11. Dapat menggembirakan umat Islam yang sedang dilanda musibah / diuji oleh Allah
12. Dapat memenuhi hajat saudara seIslam yang lebih memerlukan

InsyaAllah, sumbangan anda akan terus dinikmati oleh;
Anak yatim
 
Warga emas
 
crying-mother.jpg image by bodisan
Ibu tunggal
 
Mereka yang berjuang untuk Islam
 
Sertailah penjelajahan dunia ini dengan sumbangan anda yang akan singgah membahagiakan beberapa orang yang memerlukan santunan anda ini walaupun seketika. Tetapi tautan ukhuwah yang telah anda sumbangkan akan melahirkan kesyukuran dihati sipenerima. Pastinya ini menggamit doa yang berterusan dari penerima untuk anda yang telah menyumbang, insyaAlah.
 
 
dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 
click to
 zoom
dengan kerjasama Koperasi Islah Malaysia Berhad
(KIMB)

click to zoom
Kali ini, jumlah penerima sumbangan IFTAR dan SEDEKAH disasarkan lebih tinggi 
iaitu sebanyak *100,000 penerima... 
*(berdasarkan anggaran kutipan RM 500,000)

Maklumat Sumbangan:

Anda boleh menyumbang serendah RM 5.00 untuk membantu mereka yang lebih memerlukan 
lebih-lebih lagi dengan keberkatan dan gandaan pahala di bulan Ramadhan ini.
Ayuh!!! Tunaikan tanggungjawab anda dengan memberi sumbangan melalui Program Rayuan Ramadhan 1431H.

Sumbangan boleh disalurkan kepada "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"  melalui akaun-akaun bank berikut:
- Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun 1211 3010 005 797
- Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun 1403 0000 391 713

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. MUHAMMAD HAZWAN BIN DZULKAFLI
2. MOHD IQBAL HAKIM BIN MOHD ADNAN
- Sekretariat Rayuan Ramadhan 1431H -
Tel: 03-4108 9669 / 4105 3159 / 4105 3766
SMS : 019-369 6650
 
Fax: 03-4107 1754

No comments:

Post a Comment