Thursday, August 19, 2010

Persinggahan terakhir seorang sahabat

arwahanas
HULU KELANG - Tanggal 19 Ogos 2010 kira-kira jam 9 pagi, seorang ahli JIM, Muhammad Anas Ahmad Zabidi,  45, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Ampang. Allahyarham yang kali terakhir bertugas sebagai Pengarah MIDA (Malaysian Industrial Development Authority) Kedah/Perlis menghidap barah tulang sejak dua tahun lepas. 

arwahanasJenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di surau Darul Saadah, Taman Keramat Permai AU1C berhampiran rumahnya. Kira-kira 120 orang menyertai solat jenazah yang dilakukan sebaik sahaja selesai solat Zuhur. Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa dengan van jenazah ke Tanah Perkuburan Taman Keramat untuk disemadikan. 


Antara yang hadir sepanjang proses pengurusan jenazah selain ahli keluarga adalah ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib dan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan sepupu Allahyarham. Sahabat-sahabat dari JIM dan IKRAM yang kelihatan termasuklah Ustaz Alias Othman, Haji Syed Ibrahim Syed Noh, Haji Shaharom Md Shariff, Ustaz Shamsul Maarif Ismail, Haji Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan Haji Ahmad Raji Yaakub. Turut kelihatan ialah Fellow di Institut Kefaaman Islam Malaysia (IKIM), Ustaz Abu Bakar Yang.
Allahyarham Anas meninggalkan empat orang anak - yang sulung masih di sekolah menengah sementara yang bongsu di tadika. Isteri Allahyarham, Puan Najwa adalah seorang guru. 

Semoga Allah mengampuni semua dosa Allahyarham, merahmati rohnya serta menempatkannya bersama hamba- hamba-Nya yang soleh.

Sumber : Laman Web JIM
arwahanas
arwahanas
 arwahanas arwahanas
 arwahanas arwahanas
 arwahanas arwahanas

1 comment:

  1. Semoga Allah mengampuni semua dosa Allahyarham, merahmati rohnya serta menempatkannya bersama hamba- hamba-Nya yang soleh.

    ReplyDelete