Thursday, August 19, 2010

KENYATAAN MEDIA : PENGAGIHAN SUMBANGAN RAYUAN RAMADHAN 1431H PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

20 Ogos 2010 / 10 Ramadhan 1431H


Hari ini kita telah masuk hari ke sepuluh Ramadhan. Ramadhan, awalnya rahmat,
pertengahannya keampunan dan akhirnya membebaskan kita dari api neraka. Usaha
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) meneruskan program Rayuan Ramadhan
pada tahun ini iaitu program penajaan berbuka puasa dan sedekah di negara atau
tempat umat Islam yang faqir dan miskin, yang sedang ditindas, yang ditimpa musibah
dan yang dilupakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sasaran kami
ialah untuk mendapatkan penajaan untuk 100,000 orang. Setakat ini, sumbangan telah
mencecah penajaan untuk 20,000 orang setelah lebih seminggu kita berpuasa.

Sukacita dimaklumkan bahawa kita telah pun memulakan pengagihan bagi fasa 1
termasuk beberapa penyerahan agihan kepada wakil-wakil kami pada hari ini. Antara
yang akan diagih hari ini ialah untuk negara Kemboja, Myanmar dan Pakistan. Agihan
pertama telah dilakukan pada 16 Ogos yang lepas kepada Negara Vietnam berserta
dengan sumbangan 580 kg kurma melalui wakil Islamic Community Ho Chi Minh City
Vietnam (ICHCMCV) untuk umat Islam di sana.

Pada tahun ini kami memutuskan untuk memberi sumbangan yang lebih kepada
mangsa mangsa banjir di Pakistan. Sebagaimana yang kita ketahui, keadaan banjir di
Pakistan begitu buruk sekali sehingga ada yang mengatakan ianya lebih dahsyat dari
tsunami 2004.

Terimakasih kami ucapkan kepada mereka yang telah menyumbang. Walaupun
begitu ianya masih lagi jauh dari sasaran ditetapkan. Kami menyeru kepada seluruh
rakyat Malaysia supaya menyertai program ini dengan melakukan sumbangan secara
individu dengan melibatkan sama anak-anak dan ahli keluarga menabung atau secara
berkelompok.  Sumbangan secara berkelompok boleh diusahakan melalui institusi
seperti masjid dan surau, rakan-rakan sepejabat, persatuan-persatuan dan sebagainya.
Apa salahnya jika sumbangan mingguan yang diterima oleh masjid setiap hari Jumaat
sebahagiannya disalurkan kepada program ini. Ambillah kesempatan menyumbang di
dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Sumbangan yang diterima akan disalurkan melalui wakil-wakil JIM di negara-negara
yang dinyatakan di atas dan akan dinikmati oleh anak-anak yatim, janda-janda, orang
tua, orang sakit, orang kurang upaya, orang miskin dan yang hidup melarat. Sebagai

orang yang beriman kita sering diingatkan dengan sabda Rasulullah SAW,

seorang dari kalian tidak beriman hingga mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai
untuk dirinya”. Program ini membuka peluang untuk menunjukkan rasa kasih kepada

saudara kita seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri pada bulan Ramadhan yang
mulia ini.

Brosur serta borang penyertaan telah diedarkan di seluruh negara bagi memudahkan
rakyat Malaysia untuk membuat sumbangan. Sumbangan juga boleh dibuat
melalui transaksi atau bank in kepada akaun“PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH
MALAYSIA” di Bank Islam Malaysia Berhad, nombor akaun: 1211 3010 00597 atau
di Bank Mualamat Malaysia Berhad, nombor akaun: 1403 0000 391 713.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Program
Rayuan Ramadhan 1431H JIM di talian 03-4108 9669 atau 03-4105 3159 atau melalui
emel ramadhan-qurban@jim.org.my

Berbahagialah kerana dapat membantu mereka yang lebih memerlukannya.

Ramadan Mubarak.


Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah

Program Rayuan Ramadhan 1431H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

No comments:

Post a Comment