Kenyataan Media Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre kali ke 6
bagi tahun 1431 H/ 2010
18hb Ogos 2010 / 8 Ramadhan 1431H
Syukur alhamdulillah, sekali lagi Hidayah Centre (HC) berpeluang menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) buat kali ke 6 tahun ini. HC merupakan sebuah institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru. Tujuan utama penubuhan HC ialah untuk memberikan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada saudara baru disamping memberikan penjelasan dan berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sehingga hari ini, Hidayah Centre telah beroperasi di 14 buah cawangan iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
MIPHC ke-6 ini adalah kesinambungan program MIPHC sebelumnya yang bertujuan mengumpul dana pengoperasian dan aktiviti Hidayah Centre seluruh negara. Alhamdulillah pada tahun lepas, kita telah berjaya membuat kutipan kasar berjumlah RM175,000 melalui program MIPHC ke-5. Penyertaan yang semakin meningkat ini juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tokoh bukan Islam ke dalam majlis MIPHC tahun lepas. Ini sesuai dengan hasrat Hidayah Centre untuk memberikan penerangan dan penjelasan seluas mungkin kepada sesiapa sahaja mengenai Islam termasuk rakan-rakan bukan Islam yang berminat.
Memandangkan tuntutan menyantuni saudara baru seluruh negara semakin mendesak, serta keperluan berinteraksi dengan bukan Islam semakin penting demi memartabatkan syariah Islam, MIPHC pada tahun ini akan melebarkan lagi sayapnya ke dua buah negeri lagi iaitu di Sabah dan Pulau Pinang selain dari Putrajaya seperti tahun-tahun sebelumnya. Dengan ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menyumbang dana serta turut terlibat dalam misi dakwah Hidayah Centre.
Pada tahun ini, Hidayah Centre mensasarkan kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000.00 diperolehi dari MIPHC di ketiga-tiga tempat demi untuk menampung kos pentadbiran dan bantuan kepada saudara baru yang memerlukan melalui semua cawangan Hidayah Centre di seluruh Malaysia. Ini termasuk inisiatif menubuhkan Hidayah Training Centre bertempat di Kota Kinabalu, Sabah yang bakal melahirkan para duat dikalangan saudara baru. Pengambilan seramai 20 pelajar pertama Hidayah Training Centre dijangka pada hujung tahun ini.
Bagi menyertai program ini, rakyat Malaysia boleh melakukan sumbangan secara individu atau berkelompok atau melalui organisasi masing-masing. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis tersebut :
1. Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang
Tarikh : 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431H.
Tempat : Dewan Melinium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Masa : 5.00 petang – 11.00 malam
2. Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah (Kota Kinabalu)
Tarikh : 22 Ogos 2010 / 12 Ramadhan 1431H.
Tempat : Magellan Sutera Habour, Kota Kinabalu, Sabah.
Masa : 3.30 petang – 10.00 malam
3. Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pusat (Putrajaya)
Tarikh : 28 Ogos 2010/ 18 Ramadhan 1431H.
Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Precint 3, 62675 Putrajaya.
Masa : 5.00 petang – 11.00 malam
Seperti tahun-tahun sebelumnya selain daripada majlis berbuka puasa, tazkirah serta solat Tarawih berjemaah, para hadirin juga akan disajikan dengan persembahan nasyid dan juga forum bertajuk ’Ke arah Memperkasakan Saudara Kita’ yang akan disampaikan oleh ahli-ahli panelis yang berkaliber dan ternama.
Untuk menyertai MIPHC dan menyumbang kepada saudara baru, beberapa pakej telah disediakan agar semua rakyat Malaysia dapat menyumbang mengikut kadar yang diinginkan.
Berikut adalah pakej MIPHC yang disediakan. Pakej penjualan meja/kerusi :
Pakej 1 (1 Meja @ 10 kerusi) Al-Firdaus - RM 5,000.00
Pakej 2 (1 Meja @ 10 kerusi) Ar-Rayyan - RM 3,000.00
Pakej 3 (1 Meja @ 10 kerusi) Al-Adn - RM 1,000.00
1 Kerusi - RM 100.00
MIPHC | BANK | NO AKAUN | PIC | NO TEL |
PUTRAJAYA | CIMB | 1441 0009 8200 56 | EN JOANNES | 013-304 0834 |
SABAH | BANK ISLAM | 1001 6010 0110 96 | UST FIRDAUS | 010-944 3779 |
PULAU PINANG | MAYBANK | 0071 5230 2280 | EN M. YUSNI | 019-526 6677 |
Pembayaran hendaklah di atas nama PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA. Maklumat lanjut juga disiarkan dalam blog kami http://hidayahcentre. wordpress.com. Sesuai dengan perkembangan semasa, Hidayah Centre juga memiliki laman sosial facebook Hidayah Centre dan MajlisIftarPerdanaHidayahCentr e.
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama merenung sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla" (Hadith Riwayat Muslim)
Semoga umat Islam seluruh Malaysia terus memberikan sokongan yang kukuh kepada usaha-usaha dakwah Hidayah Centre tidak kira sama ada dari segi material, spiritual, moral dan sebagainya dengan seikhlas mungkin. Ameen.
Sekian. Terima kasih.
Hajah Rosmawati,
Naib Pengerusi Hidayah Centre.
No comments:
Post a Comment