Showing posts with label JIM. Show all posts
Showing posts with label JIM. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA : Sempena Hari Wanita Sedunia 2011

KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
Sempena Hari Wanita Sedunia 2011

Tema: ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’   (Peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan untuk meraih kerjaya yang baik kepada wanita).
8 Mac 2011 bersamaan 3 Rabiul Akhirl 1432 H

LATARBELAKANG

1.0       Saban tahun Hari Wanita Sedunia disambut pada tanggal 8 Mac di serata dunia bagi memberikan pengiktirafan kepada sumbangan besar yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sambutan ini juga adalah bagi memperingati perjuangan wanita dalam menuntut hak-hak mereka. Bagi wanita Islam perjuangan memartabatkan kedudukan wanita telah bermula sejak 1432 tahun dahulu dengan turunnya risalah Islam yang dibawa oleh  junjungan besar Nabi Muhammad saw. Risalah yang dibawa oleh Rasulallah  saw  telah pun meletakkan kedudukan wanita pada tahap yang tinggi dan kaum lelaki menjadi pelindung kepada wanita. Kedudukan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT.

2.0       Tema sambutan pada tahun ini yang juga merupakan sambutan yang ke 100 tahun adalah ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita).’ Jelas bahawa tema Hari Wanita Sedunia tahun ini terus memberi penekanan perjuangan hak dan kesamarataan wanita, kali ini dengan menuntut pemberian hak serta peluang yang sama rata dalam mendapat pendidikan, latihan dan sains dan teknologi bagi membolehkan wanita mencapai tahap kerjaya yang baik sebagai usaha memartabatkan kaum wanita.

3.0       Sempena sambutan ini, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia yang telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2010 ingin turut serta dalam meraikan hari yang bersejarah ini. Sebagai sebuah sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu sebuah NGO’s Islam, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia berusaha memainkan peranan menggembleng tenaga wanita dalam memperjuangkan isu-isu wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti yang digariskan oleh syara'. Wanita IKRAM komited untuk membangunkan potensi dan kepimpinan wanita yang akan  menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah seluruhnya.  Wanita IKRAM yakin bahawa usaha-usaha dalam memperjuangkan isu-isu wanita tidak digerakkan secara bersendirian tetapi perlu digerakkan melalui  jalinan hubungan dan membina gabungan bersama pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain.

Wednesday, February 2, 2011

[Hrkh Daily] Himpunan bantah campurtangan AS di Mesir Jumaat ini

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai  Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.

Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat.

"Kita akan berarak dari masjid menuju ke kedutaan Amerika Syarikat dan akan disertai oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Wednesday, October 6, 2010

PELANCARAN PROGRAM QURBAN AQIQAH 1431H

KENYATAAN MEDIA

PELANCARAN PROGRAM QURBAN AQIQAH 1431H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) 

6 Oktober 2010 / 27 Syawal 1431H

Kita telah pun selesai melalui bulan Ramadhan, bulan ibadah dan tarbiyah. Segenap ruang dan peluang kita cari untuk mengabdikan diri kepada Allah. Tidak lama lagi bulan Zulhijjah akan tiba. Bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah, kita doakn semoga amalan-amalan mereka diterima Allah SWT dan mendapat haji mabrur. Bagi yang tidak berkesempatan ke sana, kita juga masih berpeluang untuk beramal pada Eidul Adha ini. Sabda Rasulullah SAW, ” Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan qurban”.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali ke-12 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menganjurkan program qurban dan aqiqah ini. InsyaAllah tahun ini JIM akan menganjurkannya di 14 buah negara iaitu Palestin, Pakistan, Mindanao, Selatan Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Bangladesh, Iraq dan beberapa institusi-institusi yang dikenalpasti di Malaysia. Dengan bertemakan ibadah quran ditempat yang lebih memerlukan, JIM ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama kami dalam program ini.

Tumpuan agihan qurban ini ialah kepada umat Islam yang lebih memerlukannya seperti mereka yang tertindas, ditimpa bencana, fakir miskin dan yang berjuang di jalan Allah. Keunikan program qurban dan aqiqah ini ialah ia dilaksanakan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan dan bukanlah berasaskan keuntungan.

Wednesday, August 18, 2010

Kenyataan Media : Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre kali ke 6

Kenyataan Media Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre kali ke 6
bagi tahun 1431 H/ 2010
18hb Ogos 2010 / 8 Ramadhan 1431H

Syukur alhamdulillah, sekali lagi Hidayah Centre (HC) berpeluang menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) buat kali ke 6 tahun ini. HC merupakan sebuah institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru. Tujuan utama penubuhan HC ialah untuk memberikan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada saudara baru disamping memberikan penjelasan dan berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sehingga hari ini, Hidayah Centre telah beroperasi di 14 buah cawangan iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

MIPHC ke-6 ini adalah kesinambungan program MIPHC sebelumnya yang bertujuan mengumpul dana pengoperasian dan aktiviti Hidayah Centre seluruh negara. Alhamdulillah pada tahun lepas, kita telah berjaya membuat kutipan kasar berjumlah RM175,000 melalui program MIPHC ke-5. Penyertaan yang semakin meningkat ini juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tokoh bukan Islam ke dalam majlis MIPHC tahun lepas. Ini sesuai dengan hasrat Hidayah Centre untuk memberikan penerangan dan penjelasan seluas mungkin kepada sesiapa sahaja mengenai Islam termasuk rakan-rakan bukan Islam yang berminat.

Memandangkan tuntutan menyantuni saudara baru seluruh negara semakin mendesak, serta keperluan berinteraksi dengan bukan Islam semakin penting demi memartabatkan syariah Islam, MIPHC pada tahun ini akan melebarkan lagi sayapnya ke dua buah negeri lagi iaitu di Sabah dan Pulau Pinang selain dari Putrajaya seperti tahun-tahun sebelumnya.  Dengan ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menyumbang dana serta turut terlibat dalam misi dakwah Hidayah Centre.

Pada tahun ini, Hidayah Centre mensasarkan kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000.00 diperolehi dari MIPHC di ketiga-tiga tempat demi untuk menampung kos pentadbiran dan bantuan kepada saudara baru yang memerlukan melalui semua cawangan Hidayah Centre di seluruh Malaysia. Ini termasuk inisiatif menubuhkan Hidayah Training Centre bertempat di Kota Kinabalu, Sabah yang bakal melahirkan para duat  dikalangan saudara baru. Pengambilan seramai 20 pelajar pertama Hidayah Training Centre dijangka pada hujung tahun ini.

Thursday, August 12, 2010

Kaunter Rayuan Ramadhan @ PKJ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Program tajaan berbuka puasa dan sedekah yang diadakan saban tahun kini kembali, iaitu:


Sekretariat Rayuan Ramadhan 1431H   membawakan khusus kepada anda:


Kaunter khas ini akan beroperasi seperti berikut:

Isnin - Jumaat : 9.30 pagi - 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : 11.00 pagi - 2 petang

Selain daripada Rayuan Ramadhan 1431H, kaunter khas ini juga menerima sumbangan atau pembayaran berikut:

a) Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre - MIPHC

b) Rayuan Qurban Aqiqah JIM 1431H

c) Rayuan Sumbangan Ahli JIM

d) Tabung Palestin PACE

e) Bayaran Pembelian Buku JIMedia


Semua ahli JIM dan orang ramai dipelawa untuk singgah di Kaunter RR@PKJ untuk menyumbang.
Anda juga dialu-alukan untuk mengajak rakan-rakan atau teman sepejabat untuk singgah di Kaunter RR@PKJ ini.

Petugas Kaunter menerima sumbangan daripada penderma budiman di Kaunter RR@PKJ.

Pameran dan maklumat yang berkaitan juga disediakan di Kaunter RR@PKJ.

Kami sedia memberi perkhidmatan terbaik untuk sebarang urusan sumbangan di Kaunter RR@PKJ.

:: Bersama-samalah kita menyumbang untuk mereka yang lebih memerlukan... ::


dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 
click to
 zoom
dengan kerjasama Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
click to zoom
Kali ini, jumlah penerima sumbangan IFTAR dan SEDEKAH disasarkan lebih tinggi 
iaitu sebanyak *100,000 penerima... 
*(berdasarkan anggaran kutipan RM 500,000)

Maklumat Sumbangan:

Anda boleh menyumbang serendah RM 5.00 untuk membantu mereka yang lebih memerlukan 
lebih-lebih lagi dengan keberkatan dan gandaan pahala di bulan Ramadhan ini.
Ayuh!!! Tunaikan tanggungjawab anda dengan memberi sumbangan melalui Program Rayuan Ramadhan 1431H.

Sumbangan boleh disalurkan kepada "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"  melalui akaun-akaun bank berikut:
- Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun 1211 3010 005 797
- Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun 1403 0000 391 713

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1. MUHAMMAD HAZWAN BIN DZULKAFLI
2. MOHD IQBAL HAKIM BIN MOHD ADNAN

- Sekretariat Rayuan Ramadhan 1431H -
Tel: 03-4108 9669 / 4105 3159 / 4105 3766
SMS : 019-369 6650
 
Fax: 03-4107 1754