Wednesday, October 6, 2010

PELANCARAN PROGRAM QURBAN AQIQAH 1431H

KENYATAAN MEDIA

PELANCARAN PROGRAM QURBAN AQIQAH 1431H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) 

6 Oktober 2010 / 27 Syawal 1431H

Kita telah pun selesai melalui bulan Ramadhan, bulan ibadah dan tarbiyah. Segenap ruang dan peluang kita cari untuk mengabdikan diri kepada Allah. Tidak lama lagi bulan Zulhijjah akan tiba. Bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah, kita doakn semoga amalan-amalan mereka diterima Allah SWT dan mendapat haji mabrur. Bagi yang tidak berkesempatan ke sana, kita juga masih berpeluang untuk beramal pada Eidul Adha ini. Sabda Rasulullah SAW, ” Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan qurban”.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali ke-12 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menganjurkan program qurban dan aqiqah ini. InsyaAllah tahun ini JIM akan menganjurkannya di 14 buah negara iaitu Palestin, Pakistan, Mindanao, Selatan Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Bangladesh, Iraq dan beberapa institusi-institusi yang dikenalpasti di Malaysia. Dengan bertemakan ibadah quran ditempat yang lebih memerlukan, JIM ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama kami dalam program ini.

Tumpuan agihan qurban ini ialah kepada umat Islam yang lebih memerlukannya seperti mereka yang tertindas, ditimpa bencana, fakir miskin dan yang berjuang di jalan Allah. Keunikan program qurban dan aqiqah ini ialah ia dilaksanakan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan dan bukanlah berasaskan keuntungan.

Buat pertama kalinya Qurban tahun ini akan menggunakan sistem pengurusan qurban yang telah dibangunkan khas untuk tujuan ini dimana insyaAllah akan melicinkan pengurusan qurbab serta memberi khidmat yang lebih cepat kepada peserta. Dimana peserta qurban aqiqah JIM akan menerima makluman sms setelah penyertaan mereka dimasukkan dalam sistem ini dan surat penerimaan serta resit akan terus diemelkan sekaligus.

Pada tahun ini, JIM mensasarkan 500 ekor binatang qurban untuk di laksanakan di 14 buah negara umat Islam yang lebih memerlukan. Melalui testimoni yang diterima dari wakil pelaksana program ini, penerima daging qurban aqiqah JIM di luar negara amat menghargai sumbangan daripada rakyat Malaysia malah mereka juga mengharap agar usaha ini diteruskan setiap tahun.

Brosur serta borang penyertaan telah diedarkan di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menyertai program qurban dan aqiqah JIM. Penyertaan juga boleh dibuat melalui transaksi atau bank in kepada akaun  “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di:

1.    Bank Islam Malaysia Berhad, nombor akaun: 1211 3010 00 5797 atau di
2.    Bank Mualamat Malaysia Berhad, nombor akaun: 1403 0000 391 713.

 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Program Rayuan Ramadhan 1431H JIM di talian 03-4108 9669 atau 03-4105 3159 atau sms 019-369 6650 atau melalui emel ramadhan-qurban@jim.org.my. Boleh juga layari website www.qurban-aqiqah.jim.org.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 November 2010.

Kita amat bertuah berada dalam nikmat Allah dengan rezeki yang begitu banyak sekali. Marilah kita sama-sama mensyukuri rahmat dan pemberian Allah ini dengan menyertai program qurban aqiqah JIM ini dengan membelanjakan sebahagian dari apa yang kita sayangi kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Usaha kita walaupun kecil amatlah bermakna bagi meraka. Semoga dengan ibadah qurban ini akan lahirlah keinsafan dalam diri kita untuk turut berqurban pada jalan Allah. ”Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (sebagai tanda bersyukur)” – surah Al Kausar:2.

Laksanakanlah ibadah qurban ditempat yang lebih memerlukan.

Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah

Sekretariat Rayuan Qurban & Aqiqah 1431H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Tel: 03-41089669/03-41053159/03-41053776
Hp: 019-369 6650 
Fax: 03-4107 1754

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Info harga sebahagian/seekor lembu @ kambing :

1. Qurban Lembu (1 bahagian) RM 300 (1 ekor) RM 2100
2. Qurban Kambing (1 ekor) RM 500
3. Aqiqah Lembu (1 bahagian) RM 300 (1 ekor) RM 2100
4. Aqiqah Kambing (1 ekor) RM 500
layari www.qurban-aqiqah.jim.org.my untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment