Showing posts with label JIM KL. Show all posts
Showing posts with label JIM KL. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Video Program JIM KL Sepanjang Sesi 09/10


Video ini merupakan rangkuman kepada program-program JIM Kuala Lumpur sepanjang sesi 2009/2010.

Video ini ditayangkan ketika MPN JIM KL 2010. Terima kasih kepada saudari Fiza Hasni (Kak Yong) yang telah bertungkus lumus menyiapkan video ini.

Gambar-gambar sepanjang MPN JIM KL boleh dilihat di link berikut :

http://www.facebook.com/album.php?aid=251966&id=648514073&l=3d52449706

Sunday, September 26, 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM KL

Salam..

Alhamdulillah, Majlis Hari Raya JIM Kuala Lumpur berlangsung dengan baik pada pagi tadi. Sekitar 250 - 300 hadirin yang hadir memenuhi majlis ini bermula jam 8 pagi.


Banner Majlis Raya
Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai aneka hidangan seperti kambing golek, mihun, satay, roti jala , roti canai dan juga buah-buahan.

Selain ahli dan pimpinan JIM Kuala Lumpur, turut hadir ialah pimpinan Jawatankuasa Pusat JIM seperti Akhi Syed Ibrahim, Akhi Nahar, Prof Sahrim, Prof Harlina dan Dr Ahmad Zainuddin.

Majlis Hari Raya Aidilifitri berlangsung sekitar dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi

Antara juadah yang ada : Roti canai dan roti jala

Antara ahli JIM KL yang hadir

YDP JIM Batu, Hasan Unir merasmikan resipi kambing golek

Sunday, September 19, 2010

Kepada Adik-adik tahun 6 : Selamat menghadapi UPSR!

Salam

SNN2337EXAM-682_492610a.jpg

UPSR mula esok...moga anak-anak kita cukup bersedia

Anak-anak..
..pasrah, murnikan niat, jaga amal, bersih dari hal mazmumah.
Melangkahlah dengan tenang, jawab dengan penuh yakin.

Kami warga ibubapa dan guru berhajat dan mendoakan agar kalian berjaya. InsyaAllah

Hasni Marjumat
YDP
JIM Kuala Lumpur

Tuesday, August 24, 2010

Laporan Bergambar " 3R di Masjid KLCC "

Alhamdulillah, pada 21 &22 ogos yang lalu, Kelab Remaja JIM ( KRJ ) dengan kerjasama IKRAM WP & Masjid Asy-syakirin KLCC telah menganjurkan program remaja raikan ramadhan ( 3R ) bertempat di Dewan Utama Masjid Asy-syakirin KLCC. Program ini telah dihadiri oleh 85 orang peserta. Pada asalnya jumlah pra-penyertaan adalah 130 orang, namun oleh kerana terdapat sekolah ganti pada hari sabtu 21 Ogos, maka ramai peserta yang terpaksa menarik diri disaat akhir.


Program dimulakan dengan Ice Breaking “Riang Ria Ramadhan “ oleh abang bai, para peserta disaji dengan aktiviti yang menyeronokkan & mencabar.


Kemudian program disusuli dengan Slot Pengisian pertama yang bertajuk “la’allakum Tattaqun” yang telah disampaikan oleh IR Faridul Farhan, antara isi yang menarik ialah, apabila ayat 183 dalam surah al-baqarah itu diterjemah bentuk Sains dan dibahagikan kepada 3 perkara, iaitu INPUT, PROSES & OUTPUT.

INPUT     : Wahai orang-orang yang beriman

PROSES : Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang dilakukan oleh generasi sebelum kamu

OUTPUT : Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa