Kita dah ke penghujung ramadhan ni. Biarlah kita graduate dengan cemerlang..itu semua bekalan-bekalan untuk kita harung sampailah ramadhan akan datang..itupun kalau Allah masih mengizinkan kita.
Bekalan-bekalan ni kita nak guna balik..lepas raya dah banyak agenda!..IKRAM khususnya.
Baliklah, berayalah bersama keluarga tersayang..kalau dapat ziarah suku sakat jauh pun lagi bagus..embah, kakik, wak lanang, wak wedok, paman, bibik… Bukan senang nak kumpul dan jumpa mereka semua ni berbanding peluang jumpa sesama kita. Berkongsi cerita, berkongsi apa yang kita lalui dalam JIM/IKRAM, berkongsi apa yang kita buat untuk perjuangan palestin, meraih hak dan keadilan sebagai rakyat Malaysia.
Hmm rasanya itu lebih dapat melebarluaskan ufuk dakwah dan kesedaran di kalangan orang Islam kita. Ingat-ingatkan juga agar terus istiqamah amal-amal hebat bulan ramadhan.
Masa ini juga kita kena ambil kesempatan untuk menziarah jiran-jiran kita.. memang kita lebih selalu jumpa sesama kita berbanding mereka.
Ramadhan dan hari raya ini juga patutnya menguat dan meneguh malah memperbarui hubungan dengan isteri/suami kita…tautan mahabbah dengan anak-anak lagilah diperhebat. Usah lupa untuk sering doa-mendoakan sesama kita untuk semua orang juga.
Apa yang saya tulis ini sudah tentu ingatan untuk saya terlebih dahulu..
Usah lupa 26hb September 2010..Majlis Hari Raya JIM KL akan diadakan. InsyaAllah
Menjelang eid ini saya bagi pihak jkuasa jimkl dan seisi keluarga memohon maaf apa jua kesalahan.
• Di mihwar mana sekalipun kita berada, dakwah & tarbiyah adalah 'core business' kita • Asolah dakwah perlu dipelihara dalam semua ‘mihwar dakwah’.. • Pertama: Ukuran kemenangan pada kesolehan.
- Bahawa kemenangan tidak ditentukan oleh hal-hal yang bersifat lahir semata-mata.
- Nasihat Umar RA pada pasukannya ketika melepaskan mereka berperang - "... Aku lebih takuti dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu ...."
- Kita berjuang dengan amal-amal kita sebelum dengan keahlian, strategi, dan senjata kita.
• Kedua: Pengaruh taqarrub kepada Allah.
- “Sebesar apa kesibukanmu terhadap Allah, sebesar itu pula kesibukan makhluk terhadap dirimu.” (Yahya bin Mu’adz).
- Sebesar apa keseriusan kita dalam mendekati Allah, sebesar itu pula respon masyarakat terhadap dakwah kita. Jika kita bersikap santai dan dingin dalam perjuangan ini, maka begitu pulalah sikap masyarakat terhadap seruan kita..
- Jika iman kita lemah, hati kita keras, maka kita akan melihat usaha kita kurang memberi manfaat meskipun kita banyak bergerak dan banyak melakukan aktiviti…
• Ketiga: Refleksi Kebaikan Diri.
- “Yang pandai berbuat baik untuk orang lain hanyalah yang yang pandai berbuat baik untuk dirinya sendiri.” (Abdullah bin Wahhab).
- Seorang da’i tidak mampu mempengaruhi orang lain selama ia sendiri tidak terkesan oleh apa yang diserukannya itu.
(Kitab Al-Masaar, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
• ...Boleh dikatakan bahawa yang terpenting kita siapkan adalah kebangkitan rohani, hidupnya hati, serta kesedaran penuh yang ada dalam jiwa dan perasaan...
• Kami menginginkan jiwa-jiwa yang hidup, kuat, mantap, hati-hati yang segar serta memiliki semangat yang berkobar-kobar, perasaan dan ghirah yang sentiasa bergelora, roh-roh yang bersemangat, selalu optimis, merindukan nilai-nilai yang luhur, tujuan mulia serta mampu bekerja keras untuk menggapainya...” (Risalah Da’watuna Fii Thaurin Jadiid)
TIGA KESEDARAN JIWA DAN PERASAAN YG PERLU DIBINA
• Perasaan Pertama: Keimanan pada keagungan risalah, bahawa risalah yang kita perjuangkan adalah risalah Allah, adalah kebenaran, adalah sebaik-baik fikrah dan seutama-utama manhaj.
• Perasaan Kedua: Kebanggaan dalam mengembangkan risalah. Selama kita menjadi pendokong kebenaran, maka kita adalah pemimpin bagi manusia. (QS Ali Imran: 110)
• Perasaan Ketiga: Optimis terhadap dokongan dan pertolongan Allah. Bahawa selama kita beriman pada kebenaran dan bangga menjadi pendokongnya, maka Allah akan selalu bersama kita. Dia akan memberikan dokongan, bimbingan dan pertolongan. Dia akan selalu bersama kita di manapun kita berada. Dan bila tak ada penduduk bumi yang sedia membantu kita, maka Dia akan menurunkan pasukan dari langit untuk membantu kita...(Prof. Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali, Haula Assasiyat Al-Masyru’ Al-Islamy Li Nahdhatil Ummah)
KESIMPULANYA
“Kader adalah rahsia kehidupan dan kebangkitan. Sejarah umat adalah sejarah para kader jundi yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak. Sesungguhnya kuat lemahnya suatu umat, diukur dari sejauh mana umat tersebut dapat menghasilkan kader-kader yang memiliki sifat kelelakian (kader berkualiti)...” (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyun)
SIFAT KADER YANG BERKUALITI 1. Pemahaman Islam yang menyeluruh dan benar bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. (Al-Fahmu) 2. Keikhlasan yang tinggi, sehingga ia menjadi pembela fikrah dan aqidah bukan pembela kepentingan dan keuntungan peribadi. (Al-Ikhlas) 3. Mengutamakan kerja dari pada berbicara. (Al-Amal) 4. All-out untuk da’wah (At Tajarrud) 5. Selalu siap jihad dalam rangka menegakkan syari’at Allah. (Al-Jihad) 6. Siap berkorban dengan segala potensi yang ia miliki. (At Tadhiyyah) 7. Tegar di jalan untuk mencapai cita-cita da’wah, sekalipun lama waktunya, panjang perjalanannya dan berat tentangannya. (At-Thabat) 8. Membiasakan diri untuk selalu taat kepada qiadah dan jama’ah. (At-Taah) 9. Thiqah kepada kepada qiadah dan jama’ah. (At-Thiqah) 10. Selalu memelihara kemurnian ukhuwwah yang berdiri di atas kasih sayang dan cinta mencintai. (Al-Ukhuwwah) CARA MEWUJUDKAN KADER YANG BERKUALITI ITU Sampai saat ini, satu-satunya cara yang diyakini mampu untuk mewujudkan kader yang berkualiti adalah tarbiyah ! · Tarbiyah adalah “tsawabit” (pekara yang tetap) dalam manhaj kita.
· Tarbiyah adalah jalan kita, ciri khas kita. Dengan tarbiyah kita tumbuh, dengan tarbiyah kita berkembang dan dengan tarbiyah kita meraih kemenangan.
· Jantung dakwah kita ialah Tarbiyah BEBERAPA NOKHTAH PENTING TENTANG TARBIYAH: • Kader yang proses tarbiyahnya bermasalah akan menjadi masalah dan menimbulkan banyak masalah, baik masalah peribadi, keluarga, sosial, da’wah dan jamaah/harakah. • Kegiatan tarbiyah bagi kader da’wah bukan kegiatan sampingan atau aktiviti sekunder yang boleh diabaikan dan ditunda atau diganti dengan kegiatan yang lain, tetapi ia harus menjadi kegiatan yang asasi baginya yang harus diutamakan dari kegiatan yang lain, dari kegiatan da’wah sekalipun. • Bagi kader da’wah tidak boleh meninggalkan tarbiyah dengan alasan sibuk berda’wah atau cuti tarbiyah karena kuliah atau kerja cari maisyah (pendapatan). • “Saya tegaskan kepada saudara-saudara yang memilki ghiroh Islam, bahawa setiap jama’ah islamiyah pada saat ini sangat memerlukan kader yang aktif bekerja (amil) , pemikir (mufakkir) , berani (jari’) , produktif (muntij) . Maka haram hukumnya bagi kader da’wah lambat memenuhi panggilan da’wah walaupun hanya satu minit saja“. (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyyun) • “Kader da’wah yang di perlukan hari ini berbeda dengan kader da’wah kelmarin, kader da’wah hari ini harus memiliki wawasan intelektual yang luas (mutsaqqofun) , berketrampilan dan berbakat (mujahhazun) , terlatih (mudarrobun) dan profesional (mutakhasisun)...” (Risalah Da’watuna).
Seekor cicak membeliakkan matanya, sekejap ke kiri, kemudian ke kanan. Ruang tamu nampak sangat luas. Cicak itu merangkak di atas siling yang asalnya berwarna putih, namun kini kian pudar warnanya dimamah usia. Rumah itu rumah kampung, dindingnya kayu. Mungkin 30 tahun, mungkin juga 40 tahun. Cicak mana tahu!
Di bawah sana ada satu set kerusi rotan. Seorang tua berkopiah putih sedang duduk di atas salah satu kerusi. Kepalanya mendongak ke atas. Sedang berfikir gamaknya. Di sebelah kiri cicak, kipas angin berputar ligat. Debu-debu berwarna perang dan kelabu memenuhi bahagian atas setiap bilah kipas. Hanya cicak yang nampak, manusia di bawah tidak nampak.
Paradigma
Bila diceritakan tentang paradigma, mungkin kisah yang selalu kita dengar ialah berkenaan seorang bapa yang membawa anak-anaknya yang ramai menaiki keretapi (sesetengah riwayat menyebut subway - "tube" bagi orang London). Semuanya kecil-kecil. Apabila berada di dalam keretapi, masing-masing bermain dengan rancak sekali sehingga mengganggu penumpang-penumpang yang lain. Bapanya selamba sahaja, tidak berbuat apa-apa sehingga penumpang-penumpang berhampiran berasa tidak senang sekali.
Oleh : TYDP JIM KL, Sdr Mohammad Abdul Hamid
SETIAP individu itu unik kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedari keistimewaan yang ada pada diri mereka.
Hasilnya, ramai yang tidak dapat mengembangkan potensi diri dengan sebaik mungkin.
Ini tentunya bukan kesilapan individu itu semata-mata, sebaliknya bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah persekitaran, latar belakang pendidikan dan dorongan keluarga.
Keunikan seseorang individu adalah manifestasi kebesaran Allah SWT. Walaupun penduduk dunia hari ini sudah melebihi lima bilion, tetapi tidak ada seorang pun yang serupa.
Malah, masing-masing mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri dari sudut perwatakan, kebolehan, sifat fizikal dan banyak lagi. Ia mengingatkan kita betapa kerdilnya manusia apabila dibandingkan dengan Penciptanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi kamu ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)