Sunday, September 26, 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM KL

Salam..

Alhamdulillah, Majlis Hari Raya JIM Kuala Lumpur berlangsung dengan baik pada pagi tadi. Sekitar 250 - 300 hadirin yang hadir memenuhi majlis ini bermula jam 8 pagi.


Banner Majlis Raya
Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai aneka hidangan seperti kambing golek, mihun, satay, roti jala , roti canai dan juga buah-buahan.

Selain ahli dan pimpinan JIM Kuala Lumpur, turut hadir ialah pimpinan Jawatankuasa Pusat JIM seperti Akhi Syed Ibrahim, Akhi Nahar, Prof Sahrim, Prof Harlina dan Dr Ahmad Zainuddin.

Majlis Hari Raya Aidilifitri berlangsung sekitar dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi

Antara juadah yang ada : Roti canai dan roti jala

Antara ahli JIM KL yang hadir

YDP JIM Batu, Hasan Unir merasmikan resipi kambing golek



YDP JIM KL(bersampin) , bersama Timb Pres JIM (dua dari kiri) , Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Pres JIM (yang juga merupakan YDP IKRAM Wilayah) , Prof Sahrim (kanan) dan YDP JIM Cheras, Ustaz Zulkifli Ahmad (kiri)

Hadirin dihiburkan dengan celoteh DJ Farid dari Alunan Firdausi Entertainment (kiri sekali). Setiausaha Agung JIM, Hj Nahar Mohd Noor dan TYDP JIM Cheras, Hj Mat Zaini turut mengambil peluang menghiburkan tetamu

Suasana sekitar majlis
Satay pun ada....
"Kambing golek, makan dengan roti arab... power!" Ust Zul
Buah-buahan tempatan
Roti jala antara menu yang diminati
Roti canai.. baik punya!

Akhwat di dalam dewan

Pegawai Eksekutif Hidayah Centre, Sdr Joannes Lukas bersama Sdr Abdul Muhaimin @ Kebab Brain

YDP IKRAM Lembah Pantai (Ahli JIM Batu), Hj Azahari Abd Kadir bersama anaknya, Anis

Pelajar perubatan dari PPUKM turut hadir memeriahkan majlis

Ustaz Alias melayan cucunya

Turut hadir, Ustazah Anisah

Apa agaknya yang dibualkan Hj Nahar dengan Pengerusi KIMB, Dr Ahmad Zainudin..

Semua kekenyangan...
KIMB @ Majlis Raya JIM Kuala Lumpur

Bergambar kenangan : Naib Presiden JIM, Prof Harlina (kiri) bersama Ketua Wanita JIM KL, Hjh Niekmah
Ops.. jam dah pukul 11.30, dah mula kena kemas..
Kebersihan dewan perlu dijaga

Bergotong-royong menyusun kerusi
Cepat.. cepat.. siapa nak bungkus makanan bawa balik!
Rehat jap.. penat susun kerusi..
Anak-anak, dah bersiap sedia nak balik rumah
Sekian sahaja untuk kali ini.. Terima kasih kepada semua.. AJK yang bertungkus lumus.. semua tetamu yang hadir.. katering rasmi majlis raya ini, "Rampai Katerer" (Al-Ameen Edu Niaga Sdn Bhd), dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung..

Terima kasih.

JK Penerangan
JIM Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment