Monday, August 9, 2010

Rayuan Ramadhan : Jom Turut Sama Menyumbang!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Program tajaan berbuka puasa dan sedekah yang diadakan saban tahun kini kembali, iaitu:

click to zoom


Jumlah kutipan yang disasarkan sebelum Ramadhan (11 Ogos 2010) adalah 5% iaitu 
 RM25 000.
Jadi, sama- samalah membantu dan bersama kami dalam berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.

Segala cadangan untuk penambahbaikan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan Jazakumullahu khairan katheera.


*Perhatian : Kepada Daerah-daerah JIM yang belum lagi mengambil brosur Rayuan Ramadhan 1431H, 
anda boleh berbuat demikian dengan datang sendiri ke Pejabat JIM 
atau hubungi no. Sekretariat Rayuan Ramadhan seperti yang tertera di bawah.



dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 
click to
 zoom
dengan kerjasama Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
click to zoom
Kali ini, jumlah penerima sumbangan IFTAR dan SEDEKAH disasarkan lebih tinggi 
iaitu sebanyak *100,000 penerima... 
*(berdasarkan anggaran kutipan RM 500,000)



Maklumat Sumbangan:

Anda boleh menyumbang serendah RM 5.00 untuk membantu mereka yang lebih memerlukan 
lebih-lebih lagi dengan keberkatan dan gandaan pahala di bulan Ramadhan ini.
Ayuh!!! Tunaikan tanggungjawab anda dengan memberi sumbangan melalui Program Rayuan Ramadhan 1431H.

Sumbangan boleh disalurkan kepada "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA"  melalui akaun-akaun bank berikut:
- Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun 1211 3010 005 797
- Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun 1403 0000 391 713



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:



1. MUHAMMAD HAZWAN BIN DZULKAFLI

2. MOHD IQBAL HAKIM BIN MOHD ADNAN

- Sekretariat Rayuan Ramadhan 1431H -

Tel: 03-4108 9669 / 4105 3159 / 4105 3766

SMS : 019-369 6650

Fax: 03-4107 1754

KENYATAAN MEDIA : KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN

KENYATAAN MEDIA

KELAB REMAJA JIM KUALA LUMPUR
PERTUBUHAN IKRAM WILAYAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

KEMPEN REMAJA RAIKAN RAMADHAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

9 OGOS 2010

Kempen Remaja Raikan Ramadhan  (3R) ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dalam pembangunan sakhsiah remaja dengan melalui melalui atau mengalami ‘madrasah’ Ramadhan  yang serba mencabar disamping boleh mengisi masa di Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang telah diaturkan sepanjang Kempen Remaja Raikan Ramadhan  (3R) ini.

Kempen ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur, Pertubuhan IKRAM Wilayah, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di bawah inisiatif  pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur.

Kempen  ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun di sekitar Kuala Lumpur, dengan misi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT dan mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan.

Objektif utama pelaksanaan kempen ini ialah :
1.                  Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2.                  Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
3.                  Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
4.                  Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu 
            cara hidup.
5.                  Menyelami sejarah Islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.

Kempen yang berjalan bermula tarikh 27 Julai hingga 10 September ini meliputi 12 kaedah perlaksanaan utama iaitu melalui:

a)     FACEBOOK
Sejajar dengan perkembangan teknologi remaja kini, Facebook ‘Remaja Raikan Ramadhan’ mensasarkan 5000 ahli menjelang 1 Ramadhan  dan komunikasi secara lansung bersama ahli berlaku melalui pesanan ringkas harian dan gambar-gambar yang akan dimasukkan secara berkala. http://www.facebook.com/jom3r

b)     Poster
Poster yang dapat menarik perhatian remaja diletakkan di semua masjid dengan kerjasama JAWI, disamping ditampal di sekolah-sekolah dan perhentian bas terpilih.

c)      Banner
Banner digantung di beberapa lokasi termasuk sekolah, bazaar Ramadhan, masjid dan jejantas.

d)     Filem Pendek
Dua (2) filem pendek bertemakan “ Remaja Raikan ramadhan “ dan “ Remaja Raikan raya “ yang disediakan oleh beberapa kumpulan remaja disebarkan di Internet melalui laman web bersesuaian.



e)      Program “ Perang Badar “
Satu konsep program yang mengambil iktibar dari Perang Badar dengan aktiviti ceramah, treasure hunt dan aktiviti fizikal yang lain.

f)       Program “3R”
Program pembangunan sakhsiah remaja dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan di 5 lokasi berbeza di sekitar Kuala Lummpur.

g)      Majlis berbuka puasa Remaja
Majlis berbuka puasa bersama golongan remaja kurang upaya seperti remaja cacat mental atau fizikal. Majlis akan diadakan dengan kerjasama MAKPEM.

h)     Grafiti Ramadhan
Seni yang diminati remaja ini mampu merancakkan lagi kempen ini dengan mengajak remaja membuat graffiti bertemakan Ramadhan.

i)        Wallpaper
Pertandingan Desktop Wallpaper bertemakan Ramadhan diwarwarkan melalui saluran facebook dengan penyertaan dari remaja seluruh Lembah Klang.

j)        BLOG
Blog sebagai salah satu daripada media kempen. Alamat blog: http://jom3r.blogspot.com/

k)      Paintball
Aktiviti mencabar yang akan dilaksanakan di bulan Ramadhan.

l)        Kempen ROQ’
Aktiviti berkaitan Palestin dijalankan pada tarikh 21 Ogos 2010 bersempena hari memperingati Al-Quds.

Melalui kempen ini pihak penganjur berharap tahap dapat meningkatkan lagi penghayatan dan kefahaman golongan remaja dalam melalui hari-hari dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini. Bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi setiap amalan yang memberi manfaat pada yang lain akan dilimpahi dengan pahala yang berganda di bulan Ramadhan.

Usaha menjayakan kempen ini juga tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari pihak ibu bapa, guru, dan masyarakat di sekeliling yang menyokong para remaja ini dalam setiap amalan yang dilakukan.

Semoga setiap yang terlibat dalam menjayakan kempen ini diganjari pahala berlipat ganda dan setiap amal yang dilaksanakan mendapat keberkatan dari Allah swt.


Mohd Hafiz Abd Hamid
Pengarah Kempen 3R
Pertubuhan IKRAM Wilayah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM )
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

3R Di Masjid KLCC

Tarikh :
21 & 22 Ogos 2010


Tempat :
Masjid KLCC


Sasaran :
Remaja 13 – 17 Tahun

Anjuran :
Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur
Pertubuhan IKRAM Wilayah

Dengan Kerjasama :
Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Objektif :

1.1 Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
1.2 Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
1.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
1.4 Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
1.5 Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.



Yuran : RM 30 sahaja.
Penyertaan : 13 -17 tahun sahaja

Maklumat Lanjut, sila Hubungi :

Hafiz bai : 019-7517051
Kak Yatt : 013-6298720
E-mail : hafizbai@gmail.com

Jangan CLICK !!! -  http://www.facebook.com/jom3r

Friday, August 6, 2010

PELANCARAN KEMPEN 3R



Pelancaran Kempen 3R adalah seperti berikut.


tarikh            : 9 Ogos 2010 ( isnin )
Masa            : 2pm-4pm
Lokasi          : Dewan Muslimat, Masjid Wilayah
sasaran
Peserta        : Semua Sekreatriat Kempen 3R
                    : wakil JAWI
                    : wakil bagi semua masjid under JAWI.
                    : Media
                    : Ikhwah & akhwat JIM KL / IKRAM WP
agenda kempen :

2.00            : Kehadiran peserta
2.30            : Ucapan alu-aluan MC
2.45            : Kenyataan Akhbar " kempen 3R "
3.00            : gimik pelancaran - ( Short film : Promo ramadhan )
3.05            : Video Clip Khas "Marhaban Ya Ramadhan "
3.10            : Soal - jawab
3.15            : Penyampaian bahan Kempen kepada wakil Masjid.
3.20            : Sesi Bergambar
3.30            : Jamuan Ringan
4.00            : Bersurai



Jangan CLICK !!! -  http://www.facebook.com/jom3r

Monday, August 2, 2010

KEUTAMAAN RAMADHAN : OLEH Hassan Al-Banna

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah SWT. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Amma ba'du. Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.


Ikhwan sekalian, ini adalah malam yang agung lagi mulia. Kita sedang berada di dalamnya dan menikmatinya karena ia adalah wahana bersatunya hati yang saling menolong dalam ketaatan kepada Allah dan dalam rangka mencari ridha Allah. Saya tidak melupakan sentuhan yang tampak di hadapan saya, menggetarkan perasaan saya, dan mempengaruhi jiwa saya, kemarin.

Kemarin saya berjalan-jalan bersama seorang akh. Kami memperbincangkan hal-hal biasa dan umum. Di sela-sela pembicaraan, akh ini mengingatkan bahwa sekarang hari Senin, dan besok hari Selasa. Sungguh menggembirakan dan mengesankan, ketika ia berbicara mengenai perasaan aneh yang muncul pada dirinya. Dengan bersahaja dan nada datar, ia berkata, "Saya sering menghitung-hitung kedatangan malam tersebut karena kerinduan untuk berjumpa dengan saudara-saudara saya." Kemudian ia melanjutkan perkataannya,

Hari Keluarga JIM KL

Salam~

Kesemua ahli JIM KL serta keluarga masing-masing adalah dijemput untuk menghadiri Hari Keluarga JIM KL 2010 yang insyaAllah akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 8 Ogos 2010
Hari: Ahad
 
Masa   : 8.30 pagi - 1.00 tengahari.
Tempat : Alang Sedayu Gombak.

Pohon mendaftar bilangan ahli keluarga masing-masing kepada SU daerah untuk tujuan logistik.

Zulkefli Ahmad
Setiausaha Negeri,
JIM Kuala Lumpur 

REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT

assalamualaikum wrt...

alhamdulillah, pada 31 Julai 2010 yang lalu, IKRAM WP dengan kerjasama KRJ telah berjaya menganjurkan REMAJA KL FUTSAL TOURNAMENT  ( RKFT ) bertempat di Sport Seven wangsa maju.

 RKFT ini telah disertai oleh 8 Kumpulan bawah 17 tahun & 8 kumpulan bawah 15 tahun. Perasmian & sedikit Tazkirah telah dilaksanakan oleh TYDP JIM Kuala Lumpur akhi Mohamad Bin Abd Hamid,

 Kemudian disusuli dengan Taklimat serta peraturan RKFT oleh En Aidil Akhbar. Seterusnya peringatan dari abg bai " Syarat Wajib RKFT ialah menutup AURAT, mana2 kumpulan yang tidak mematuhi syarat ini, penyertaan mereka akan terbatal."

RKFT.jpg
banner RKFT yang sempat digantung, menyerlahkan lagi suasana Futsal pada hari tersebut.

aksi-aksi.jpg

aksi-aksi peserta RKFT...

final u15.jpg
lagi aksi peserta...ligat..ligat...

pengurus terbaik.jpg

Pengurus kumpulan terbaik setakat ini :-)

aidil.jpg

Orang kuat yang menguruskan perjalanan pertandingan...

senior.jpg

oleh kerana pakcik2 semua dah menggigil lutut nak sepak bola, ana bagi peluang depa main dengan peserta kejap....( kalau bahasa remajanya" sangap dah tu " )

solat.jpg

Solat Zohor Beramai-ramai di gelanggang Futsal, siap azan lagi dalam gelanggang..dan sempat kami beramai-ramai doakan agar sahabat2 di gelanggang lain turut serta berjemaah bersama kami...."futsal-futsal juga..solat jangan tinggal beb...)

Penutup .jpg

Penutup RKFT telah disempurnakan oleh akhi Raswan dari IKRAM WP, kesimpulan yang beliau buat cukup ringkas iaitu " menutup aurat tidak menghalang kita untuk cemerlang dalam bersukan ..." i like it "... 

program yang bermula pada jam 9am itu berakhir pada jam 4.15 petang.

alhamdulillah, ucapan jazakumullahu khairan kathira ana ucapkan kepada :

akhi aidil akhbar, akhi Mohamad web, akhi raswan, zairuol aduka, sulaim milhan, akhi nazeli ( 100plus water boy ) , akhi hafidz hasyim, pengadil-pengadil , akhi Ralim dari rawang, akhi aizat selamat,akhi ghazali parman dan ramai lagi yang telah menjayakan RKFT ini.

sesungguhnya, masih banyak kekurangan yang perlu kami perbaiki, i.Allah akan terus diperbaiki .

berjumpa lagi di RKFT selepas ini :-)

Jangan CLICK !!! -  http://www.facebook.com/jom3r
 
Hafiz Bai