Tuesday, April 13, 2010

BEST3 yang Best!

Bismillahirrahmanirrahim
Salam wbt


Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi atas rahmat dan kurniaNYA,pihak KRJKL telah berjaya mengadakan satu siri lawatan ke Petrosains pada 28 Mac yang lepas sebagai aktiviti BEST kali ke 3. Seramai 61 orang peserta telah mengikuti lawatan kali ini.

~muka-muka excited nak masuk petrosains..~

~dengan semangatnya mengorak langkah~

Kami bertolak pada jam 9.00 dan tiba di masjid KLCC lebih kurang jam 9.30 untuk sedikit sesi taklimat, sarapan pagi dan soat dhuha. Kami kemudiannya membahagikan adik-adik ini kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh beberapa orang fasilitator. Lebih kurang jam 11.00pagi, kami bergerak secara berkumpulan ke petrosains. Kelihatan gembira adik-adik dapat bersama rakan-rakan mereka sambil mengutip ilmu di hujung minggu.


Kami terpaksa menunggu giliran agak lama kerana ramai pengunjung yg bertandang ke petrosains. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami.


~muka2 ceria je sebelum masuk petrosains~


~sebilangan peserta~
~taklimat sebelum masuk petrosains~

Alhamdulillah, sepanjang lawatan di petrosains, banyak maklumat serta pengalaman yg dpt dikutip oleh adik2 peserta. Kelihatan mereka sgt bergembira bersama sahabat2 dan para fasilitator. Mereka juga dihidangkan dengan eksperimen2 spontan yang diterangkan oleh pelatih-pelatih petrosains.

Selain itu, adik2 ini telah kami bekalkan dengan kuiz dan mereka diminta mencari jawapan sepanjang sesi lawatan di dalam petrosains. Ini bertujuan supaya mereka dpt mengutip seberapa banyak ilmu semasa lawatan serta mengetahui pelbagai fakta2 sains yang mungkin sukar diperolehi dalam waktu pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah, kami dapat melihat adik-adik ini menggunakan peluang yg diberikan ini dgn sebaiknya.
~selamat datang ke Petrosains~

Setelah lebih kurang 2jam berada di petrosains, kami pun bergerak semula ke masjid KLCC untuk solat zohor dan makan tengahari serta penyampaian hadiah bagi adik-adik yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat dan terbanyak.


~fasi pulak yang lebih excited~

~ kaut dek kaut~

Alhamdulillah, sesi penyampaian hadiah selamat dijalankan. Kami bersurai lebih kurang jam 3ptg.

Pihak KRJKL sekali lagi ingin mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam program BEST SIRI 3 ini.Moga Allah mengganjari antum dengan sebaik2 kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Terima kasih yg tidak terhingga juga kepada Saudara Hafiz Hamid selaku pengarah program BEST 2010 merangkap Pengarah KRJKL yang banyak bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program. Juga buat makcik Zaiton dan pakcik Munawer, kWae, kYong, Akh Kamal Idzham juga Ukhtie Nurul Damia atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan dalam siri lawatan kali ini.
Diharapkan adik2 dpt memanfaatkan sebaik2nya ilmu yg diperolehi dalam lawatan kali ini. Moga ia dapat menjana minda dan fikiran adik-adik ke arah teknologi yang semakin maju disamping memartabatkan semula ilmu sains islam yang semakin dimonopoli warga barat masa kini. Kami megharapkan adik-adik dapat menjadi saintis islam yang unggul dan berjaya.insyaAllah..


~Tuan pengarah program bersama isteri~

~Sesi penyampaian hadiah bagi peserta yang menang kuiz~

~Alhamdulillah program berjalan lancar~! jzkk to all~

dari : Setiausaha JKPR KL

No comments:

Post a Comment