Thursday, April 1, 2010

Islam membersihkan hatiku



Saya suka Islam sebab agama Islam hati saya bersih dan semangat saya juga bersih.” Itulah ucapan dari mulut saudara baru kita Leong Chung Heng yang mengucap syahadah di Bilik Islah Pejabat Pusat Komuniti JIM. Beliau terasa sedap di hatinya terutama bila berdoa pada Allah swt malah dengan semangat bersih itu membawa fikirannya ke arah kehidupan bahagia. SubhannalLah. Maha Suci bagi Allah.
Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”
Sejak dua tahun lagi beliau mencari ketenangan setelah mengharungi cabaran dengan hidup yang tidak menentu dan tidak rasa selesa untuk ke tokong cina. Hatinya menjadi tawar entah kenapa apabila beliau sendiri melihat kawan-kawan Melayu Islamnya begitu rajin ke surau dan masjid. Ditambah lagi dengan saudaranya yang juga telah lama memeluk Islam dan berkahwin dengan Melayu Islam menambahkan lagi kehairanan dengan perubahan saudaranya itu dan beliau merasa seronok melihat kehidupannya.
“Sempat juga saya di bawa ke Masjid Sri Petaling oleh saudara saya tanpa larangan dan tolakan saya sendirinya tergerak untuk mengikuti jamaah solat sekali.” ujar Leong. “Hati saya jadi muhibbah, tenang dan seronok bersama jamaah lain apabila berdoa. Disebabkan sudah rasa seronok, saya selalu pergi dua atau tiga kali ke masjid tersebut. Tak pernah saya alami semasa Buddha sebelum ini.” tambah beliau lagi.
Dalam umur lebih 40 tahun, beliau sendiri pernah memperjelaskan pada keluarganya sehingga menaikkan kemarahan keluarga apabila beliau ingin memeluk Islam. Tetapi itu hanyalah sementara kerana mereka berpandangan jauh bahawa beliau sudah dewasa dan boleh hidup sendiri. Status beliau sebagai anak sulung daripada tiga orang adik beradik menyuntik semangat beliau untuk mencari kerja dan dapat membantu ibunya dan keluarga keseluruhannya.

Syahadah kit diberikan kepada Saudara Leong
sebagai tanda penghargaan.

No comments:

Post a Comment