Tuesday, April 6, 2010

Dapatkan buku ini sekarang!


Buku ini memaparkan isu-isu yang mewarnai perjuangan rakyat Palestin dari tahun 2007 - 2009, satu period yang paling getir dan cukup menekan rakyat Palestin. Penduduk Gaza sudah terpenjara sejak tahun 2006 dan mengalami krisis kemanusiaan yang paling tragis dalam sejarah tamaddun manusia. Baitul Maqdis semakin diancam dengan proses pengyahudian dan Masjid al-Aqsa terus diancam dan diceroboh dengan pelbagai cara. Rakyat Palestin semakin terhimpit oleh tembok aparthied yang merenggut hak mereka dan membataskan pergerakan mereka. Sementara rakyat Palestin di khemah pelarian terus mendekam di sana sejak 62 tahun yang lalu.

Buku ini akan mengupas persoalan-persoalan Perjanjian 'Damai' yang dipaksakan ke atas rakyat Palestin, Penyelesaian Dua negara yang amat mengelirukan, dasar Zionis yang terus berhasrat untuk mengekalkan Palestin sebagai negara yang diduduki, ancaman pelampau Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa yang berterusan, Pelanggaran-pelanggaran Resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa oleh regim Zionis Isreal. Buku ini juga menjelaskan tentang pendirian dan inisiatif HAMAS untuk mengenengahkan penyelesaian politik yang tidak merugikan dan menggadaikan masa depan rakyat Palestin.

Adalah diharapkan buku ini akan menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bahawa perjuangan untuk membela rakyat Palestin adalah tanggungjawab semua warga dunia. Ia adalah satu penindasan yang tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Sesiapa yang membaca buku ini diharap akan menyedari tanggungjawab kemanusiaan yang terpikul di atas bahu semua untuk membebaskan rakyat Palestin yang sudah teraniaya dan dizalimi sejak sekian lama.

Harga buku di Semenanjung RM20, Sabah dan Sarawak RM22. Halaman 216 ms. Diterbitkan oleh JIMedia dan PACE. Buku ini adalah buku yang ke 11 dalam siri 'Bebaskan al-Aqsa'

Sebahagian keuntungan hasil jualan buku ini disumbangkan kepada anakanda Abdullah Abdul Rahman yang akan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada bulan ini. Setakat ini sumbangan yang telah diserahkan hasil dari jualan buku ini kepada beliau ialah RM152. Sebahagian lagi sumbangan adalah untuk projek Lifeline 4 Gaza. Jumlah yang terkumpul untuk tujuan ini hasil dari jualan buku ini ialah RM152.

Terima kaseh kerana sudi untuk menyambut dan memanjangkan kempen membeli buku ini untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Untuk urusan tempahan boleh hubungi terus penulis di no 013-3685367 atau e-mail  hafidzi.mohdnoor@gmail.com
JZKK
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Palestine Centre of Excellence)

No comments:

Post a Comment