Monday, May 17, 2010

MUB-5 : SMK Setapak Indah

MUB-button.jpg

assalamulaikum wrt.

alhamdulillah, pada 15 Mei 2010 yang lalu, Pihak JKPR JIM Pusat dengan kerjasama Team KRJ KL telah pun berjaya mengadakan program Meniti Usia Baligh ( MUB) yang ke 5 sejak ia mula diperkenalkan kepada negara Malaysia pada penghujung tahun yang lalu. Seramai 170 orang peserta telah bersama di dalam program ini. Program MUB yang ke 5 ini telah diadakan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Program ini telah dikendalikan oleh Pengerusi JKPR JIM Puast iaitu Akhi Mokri Bin Sabran atau dengan nama gelarannya "pak Lang " bersama-sama dengan akhi Mohd hafiz Abd Hamid yang lebih mesra dengan panggilan Abang Bai selaku Pengarah KRJ Kuala Lumpur. Turut sama menjayakan program ini ialah barisan fasilitator dari Karisma, Kelab Remaja JIM & graduan MH-i.

Program selama hampir 10 Jam itu telah berjaya dilaksanakan denagn baik walaupun terpaksa berhadapan dengan kepanasan sedikit di dalam dewan. Tahniah di ucapkan kepada semua peserta MUB-5 dan juga para guru yang telah bersama sepanjang program ini dilaksanakan.

inshaAllah, program MUB ke 6 adalah pada 22 Mei 2010, bertempat di Masjid Hj Mat Saman, Sungai Ramal, Kajang. Kepada yang berminat untuk menyumbang tenaga sebagai fasilitator, boleh menghubungi Saudara Hafiz bai di talian 019-7517051 atau emailkan ke hafizbai@gmail.com.

Ayuh bersama kami di facebook, anda hanya perlu taip meniti usia baligh di ruangan seacrh. Juga lawati blog meniti usia baligh ( http://mub2u.blogspot.com/ ) untuk makluman lanjut.

No comments:

Post a Comment