Monday, May 31, 2010

MEMORANDUM : CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA

MEMORANDUM 
CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA
Tuesday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.
The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a)      An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b)      Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.
c)       Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza.

The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the besieged people of Gaza. 

The fact that this raid took place on unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza. These include:

a)      Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla.
b)      Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla.
c)       Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured.
d)      Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.
e)      Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN
MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
AQSA SYARIF
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)
YAYASAN AMAL
PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
VIVA PALESTINA MALAYSIA
DEWAN PEMUDA MASJID
ANGKATAN BELIA MALAYSIA
GLOBAL PEACE MALAYSIA

Wednesday, May 26, 2010

Teks khutbah sempena Misi Lifeline 4 Gaza untuk menerobos tembok kematian.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Khatib mengajak semua pada hari Jumaat yang mulia ini untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah SWT., dengan muhasabah diri dan menghisab diri sendiri apakah kita telah memenuhi tuntutan untuk bertaqwa kepada Allah. Takwa itu bukan sekadar kata-kata tetapi tergambar pada perbuatan dan perkataan. Sebagaimana yang digambarkan oleh Umar al-Khattab, ”Takwa itu adalah ibarat engkau berjalan di satu jalan yang penuh dengan onak dan duri.” Bagaimanakah caranya seorang itu berjalan di atas jalan yang penuh dengan ancaman yang boleh mencederakan seseorang? Pastilah beliau akan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri sehingga boleh melukakan dan mencelakakan dirinya. Inilah gambaran orang yang bertaqwa. Sikap hati-hatinya di dalam hidup di dalam menjaga batas-batas halal dan haram apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Allah menjadikan kehidupannya sejahtera di dunia dan apatah lagi di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saat ini ratusan manusia dari puluhan negara sedang menggabungkan usaha mereka di dalam satu inisiatif yang dinamakan ’Lifeline 4 Gaza’ dengan objektif untuk menerobos tembok kematian ’Jaridul Maut’ yang dipasang oleh Zionis Israel yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperikan kepada penduduk Gaza sejak empat tahun yang lalu. Khatib ingin membawa ingatan para jamaah sekelian kepada satu peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya di Mekah yang mirip dengan apa yang berlaku kini di Gaza. Sekiranya kita membandingkan peristiwa sekatan dan kepungan Israel ke atas Gaza dengan peristiwa sekatan ekonomi ke atas Rasulullah SAW dan Bani Hashim di Shi’ib (lembah) Abu Talib maka kita akan dapati sejarah telah berulang. Oleh kerana sejarah adalah satu ’sunnah’ iaitu peristiwa yang berlaku atas hukum sebab dan musababnya, maka kesudahan kepada kepungan di atas Gaza ini juga boleh dijangka. ”Dan kamu tidak akan dapati perubahan pada sunnah Allah’. ”Berjalanlah kamu di atas muka bumi dan saksikanlah apakah kesudahannya orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah kami ceritakan kepada manusia, menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu kamu jangan merasa rendah dan merasa sedih kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Imran 137 – 139).

Friday, May 21, 2010

Islam pilihan yang terbaik untukku

http://img571.imageshack.us/img571/3203/1001023r.jpg
Saudara Maliki bersyahadah

“I bare witness there is no god except Allah and I bare witness that Muhammad is the messenger of Allah”. Begitu ayat yang keluar dari mulut pemuda yang baru mengucap syahadah di Hidayah Centre Pusat pada pagi tadi. Ketenangan terlihat di wajah pemuda ini yang berasal dari Norway, Maliki Lars bin Solberg, 41.

 http://img254.imageshack.us/img254/3927/1001019.jpg

        Pengalaman bekerja dan menginap sementara selama 2 tahun setengah di Arab Saudi, menambahkan lagi keinginannya untuk mendalami Islam daripada rakan-rakan sekerjanya.

        Hanya dengan tingkah laku dan layanan yang baik daripada rakan-rakan Arab, beliau terasa Islam ini aman dan tenteram malah terhapus tanggapan negatifnya yang sering dikatakan media bahawa Muslim ini ganas dan pengganas. Tanggapan tentang Osama ben Laden itu sendiri sebagai pengganas luntur walaupun mengetahui daripada berita di Perancis 80% mengatakan Islam ini pengganas. 93% daripada pemerhatian Maliki tentang hidup seorang Muslim membawa minda dan impresi baru bahawa Muslim sebenarnya lebih menunjukkan kepercayaan dan budaya Islam yang terserlah dalam kehidupan harian mereka berbanding orang Kristian yang beliau lihat sendiri di negeranya. Tetapi sekarang ia nampak berbeza di mana ramai yang sudah mengikut budaya daripada agama.

http://img94.imageshack.us/img94/9630/1001020tr.jpg

        Budaya Islam yang baik ini sudah cukup menjelaskan cara hidup Muslim amat berbeza daripada dengan cara hidup bukan Muslim terutamanya dari segi keimanan dan kebahagiaan. Beliau sendiri terkejut bahawa rupa-rupanya Islam mengajar umatnya untuk berperilaku sedemikian. Masya’Allah.

        “Pengalaman yang daya tidak dapat dilupakan adalah apabila saya bersama rakan-rakan Arab pernah pergi ke Madinah dan saya beranikan diri memakai kopiah “curi-curi” masuk ke perkarangan Mekah pada masa itu. (Jangan beritahu pada orang. Mukanya jadi merah)”, ujar beliau. Kami sama-sama tergelak masa itu. “Inilah agama yang terbaik sebenarnya untukku, aku rasa tenang, aman dan damai”, terdetik hatinya mengatakan sedemikian. Walaupun pernah membuat perbandingan antara semua agama termasuk agama asalnya dulu Protestant (Lutheran), jelas pada dirinya, Islam merupakan agama yang percaya dan beriman kepada Tuhan yang Maha Esa malah Islam juga mengajar umatnya untuk berbakti kepada masyarakat.

        Hal ini menambah minat Maliki untuk mendekati Islam kerana di hatinya terasa seronok dan gembira bila disebut sahaja Islam. Keluarga bukanlah penghalang untuk beliau memeluk Islam, malah keluarganya berfikiran terbuka dan bersetuju dengan niat beliau kerana indahnya agama ad-din ini, budaya Islam yang ditonjolkan dan pengabdian kepada Tuhan yang Esa sudah cukup menidakkan lagi trinity dalam hatinya. SubbahanalLah.

        Jejaka ini makin bertambah minatnya apabila beliau buat pertama kalinya solah Jumaat di Masjid Negara tengahari tadi. Sempat juga beliau buat lawak semasa mengambil wudhuk. Beliau ikut saja apa yang saya buat. ”This one (basuh muka) 3 times? This one (basuh tangan) 3 times also? 3 times again? All 3 times?,” tanya beliau. ”Yes.... my brother,” jawab mesra dari saya. ”Wow, I feel cool, it’s different!” kata Maliki. ”Alhamdulillah, praise to Allah,” jawab saya sambil senyum. Satu lagi kejutan yang amat di mana kelihatan ramai umat Islam berbondong-bondong ke masjid hanya kerana hari yang penuh makna dan dapat berkenalan satu sama lain dengan memberi salam dan bersalam-salaman.

http://img692.imageshack.us/img692/2924/1001024i.jpg
Cenderahati ikhlas daripada HC

Selepas jam 4.15pm tadi, pendaftaran Islamnya pun selesai, beliau tidak sabar untuk belajar Islam pada minggu depan.

TAZKIRAH JUMAAT - HIJAB

Dalam membicarakan tentang Mukasyafah yang di kurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih lantaran usahanya yang sungguh-sunnguh dengan itiiba sunnah Rasulllah saw, Imam Ibn Qayyim al Jauzi didalam penulisan beliau yang dipaparkan didalam kitab  Madarijus Salikin ada mengomentar beberapa jenis HIJAB yang menutup hati-hati hamba.

Hijab/ Tutupan itu bagi para mukmin yang dinamakan Al Ghaim akan memalingkan al akh/ukht tersebut semacam ada yang “tersekat “didalam Pendakian beliau menuju Allah dalam jihad yang dilalui atau dalam usaha beliau menzahirkan Ubudiyah dalam segenap relung kehidupannya.  Mari sama –sama kita selongkar apa yang ditulis oleh Imam ini sebagai landasan iktibar dan tazkirah buat minggu ini. Pak Syed tidak bermaksud ingin mengulas kata-kata Imam Ibn Qayyim al Jauzi ini. Cuma setakat menyatakan noktah-noktah tersebut sebagai perkongsian minggu ini. Kalau adapun komentar singkat menambah kefahaman.

Thursday, May 20, 2010

Sukarelawan Malaysia Tiba di Istanbul

Posted by lifeline4gaza on 20 May 2010 
Sukarelawan Malaysia Tiba di Istanbul
ISTANBUL, 19 Mei 2010 — Alhamdulillah, syukur kerana kami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kamal Atarturk, Istanbul pada jam 6:08 pagi waktu tempatan, iaitu bersamaan jam 11:08 pagi waktu Kuala Lumpur. Penerbangan terus dari KLIA ke Istanbul ini telah menambil masa selam 10 jam 10 minit. Cuaca di Istanbul agak sejuk, 14 hingga 16 darjah Celcius. Mereka di sini sudah mula memasuki musim panas, jadi waktu siangnya agak panjang di mana waktu masuk solat Maghrib adalah jam 8:30 malam dan waktu masuk solat subuh adalah jam 4:40 pagi.


Bergambar di hadapan pejabat IHH Bergambar di hadapan pejabat IHH

Setelah tiba, kami terus menyelesaikan urusan penginapan. Banyak hotel-hotel berdekatan dengan pejabat IHH, iaitu penganjur utama konvoi ke Gaza ini, sudah penuh. Alhamdulillah kami mendapat penginapan yang tidak jauh dari situ, dalam jarak kira-kira 1 km dari pejabat IHH. Selesai urusan di tempat penginapan, kami terus ke pejabat IHH untuk melengkapkan urusan pendaftaran bagi menyertai konvoi ini. Alhamdulillah kami disambut oleh Timbalan Presiden IHH, Huseyin Oruc, dan kemudiaanya sempat juga berjumpa dengan Presiden IHH sendiri, Bulent Yildirim. Ternyata mereka begitu sibuk dengan persiapan konvoi ini, lebih-lebih lagi semakin ramai sukarelawan dari negara-negara sudah mula tiba di Istanbul.

Monday, May 17, 2010

MUB-5 : SMK Setapak Indah

MUB-button.jpg

assalamulaikum wrt.

alhamdulillah, pada 15 Mei 2010 yang lalu, Pihak JKPR JIM Pusat dengan kerjasama Team KRJ KL telah pun berjaya mengadakan program Meniti Usia Baligh ( MUB) yang ke 5 sejak ia mula diperkenalkan kepada negara Malaysia pada penghujung tahun yang lalu. Seramai 170 orang peserta telah bersama di dalam program ini. Program MUB yang ke 5 ini telah diadakan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Sunday, May 16, 2010

[Utusan] Wanita perlu segera kenal pasti punca jika tertekan

KUALA LUMPUR 13 Mei - Wanita Islam disaran segera mengenal pasti punca yang menyebabkan perasaan mereka tertekan sehingga gagal untuk mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan juga kerjaya.

Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Dr. Niekmah Adam berkata, jika perasaan tertekan terus dibiarkan, ia akan membuatkan seseorang wanita tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

''Tekanan ini juga akan memberi kesan yang ketara terhadap ahli keluarga khususnya anak-anak sehingga boleh menyebabkan berlaku keruntuhan akhlak dan juga gejala sosial,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Wanita, Keluarga dan Kerjaya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita (Puspanita) Jawi dan Wanita JIM di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

Penghinaan terhadap semua agama - Zaid

a 

KUALA LUMPUR - Pengumuman kelulusan lesen pertaruhan bola sepak kepada kumpulan Berjaya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin merupakan penghinaan terhadap semua agama di negara ini, demikian kata Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin. 

"Tiada agama di dunia ini yang mengatakan judi itu membawa kebaikan. Dari sudut mana, sama ada sosial atau agama, yang menunjukkan adanya manfaat daripada perjudian?" beliau bertanya. 

Kelmarin, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri mengumumkan secara rasmi kelulusan lesen pertaruhan bola sepak semasa berlangsungnya temasya Piala Dunia bulan depan. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberitahu bahawa kerajaan bersetuju mempertimbangkan secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan bagi mengelakkan perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara ini. 

Wednesday, May 12, 2010

WACANA WANITA, KELUARGA DAN KERJAYA

Mengurus Keseimbangan, Utamakan Keluarga

Pada:
13 Mei 2010 (Khamis)

Pukul:
8.30-1.00 tengah hari

Tempat:
Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

Anjuran:
JAWI dan Wanita JIM

Objektif
1.      Memahami dan dapat melaksanakan tuntutan syarak berhubung keperluan dan kedudukan wanita untuk keluar bekerja dengan batas-batas serta keutamaan yang telah ditetapkan

2.      Mengenal pasti cabaran-cabaran mendesak yang dihadapi oleh generasi muda yang baru menyertai alam pekerjaan

3.      Membincangkan saranan dan bentuk sokongan, sistem bekerja yang sesuai dan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong penglibatan wanita di luar rumah bagi mencapai keseimbangan kerjaya dan keluarga.

Atur cara Program
Masa
Tentatif
8.30 pagi
Ketibaan & Pendaftaran
9.00 pagi
Ucaptama dan perasmian oleh: YBhg To’ Puan Hjh Rakiah Mariana Latiff (Pengerusi PUSPANITA JAWI)
“Wanita Dwi Kerjaya Mengurus Keseimbangan Utamakan Keluarga”
9.45 pagi
Kudapan  & Sidang Media
10.15 pagi
Pembentangan (1)
“Wanita dan kerjaya Menurut Pandangan Syarak”
oleh YBhg Prof Madya Ustazah Anisah Abdul Ghani
11.15 pagi
Sesi Soal Jawab
11.30 pagi
Pembentangan (2).
“ Keseimbangan Kerjaya dan Keluarga: Antara Harapan Dan Cabaran” oleh Ybhg Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Naib Presiden JIM Pusat
12.30 tengahari
Sesi Soal jawab
1.00 tengahari
Majlis penutup dan doa
1.15 tengahari
Makan tengahari & Bersurai
  
Hubungi
Puan Faridah
019-6022624 atau 03-41073379 atau wanitajim93@yahoo.com

Friday, May 7, 2010

Tuesday, May 4, 2010

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang.  Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan.   Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia. 

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
Palestine Centre of Excellence

Monday, May 3, 2010