Wednesday, June 30, 2010

"Jom Usrah Online"

Asalamualaikum wrt

Buat adik-adik Remaja kasih dan sayang,

Kelab Remaja JIM KL dengan kerjasama IKRAM KL akan mengadakan "Jom Usrah Online" :

- untuk REMAJA 12-17 tahun
- setiap hari Khamis
- jam 9.00 hingga 10.00 malam
- melalui http://remaja-kl.ning.com
- sila sign up untuk menjadi member terlebih dahulu....

Untuk itu, adik-adik Remaja kasih dan sayang yang berminat, sila lawati 'http://remaja-kl.ning.com' dan mendaftar (jika belum mendaftar). "Jom Usrah Online" ini akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 9.00 - 10.00 malam dengan tajuk minggu ini,
"Bagaimana Merasa 'Izzah Dengan Islam". Jom isi masa adik-adik dengan program yang bermanfaat. Sebarang masalah, sila berhubung dengan Kak Yong (017-8786582).

Jzkk "Ke Arah Remaja Soleh Wa Musleh"...
 
--<--{@ KAK YONG @}-->--
Fiza Hasni binti Md Ehsan

017-8786582 / 013-3060673
Pegawai Operasi KBM KL
Pegawai TPSM Remaja KL

::
http://titipan-si-anggerik.blogspot.com ::

PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010
17 Rejab 1431


PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH
BUKAN DENGAN MELABEL


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya.  Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.

IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam.  Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk  mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan.  Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar. 

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran.  Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya.  IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.


Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH.

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 bersamaan 17 Rejab 1431


IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM  PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH.


IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

2.    Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

3.    MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

4.    IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

Thursday, June 24, 2010

DAKWAH & TARBIYAH DI ERA IKRAM

Oleh : Hussen Mohd Kari, TPSM JIM Kuala Lumpur

Mihwar Dakwah:
·         Mihwar Tanzimi
·         Mihwar Sya'bi
·         Mihwar Muassasi
·         Mihwar Dauli
 •      Di mihwar mana sekalipun kita berada, dakwah & tarbiyah adalah 'core business' kita

•       Asolah dakwah perlu dipelihara dalam semua ‘mihwar dakwah’..

•      Pertama: Ukuran kemenangan pada kesolehan.
  - Bahawa kemenangan tidak ditentukan oleh hal-hal yang bersifat lahir semata-mata.
   - Nasihat Umar RA pada pasukannya ketika melepaskan mereka berperang -  "... Aku lebih takuti dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu ...."
      - Kita berjuang dengan amal-amal kita sebelum dengan keahlian, strategi, dan senjata kita.

 •      Kedua: Pengaruh taqarrub kepada Allah.
  - “Sebesar apa kesibukanmu terhadap Allah, sebesar itu pula kesibukan makhluk terhadap dirimu.” (Yahya bin Mu’adz).
   -  Sebesar apa keseriusan kita dalam mendekati Allah, sebesar itu pula respon masyarakat terhadap dakwah kita. Jika kita bersikap santai dan dingin dalam perjuangan ini, maka begitu pulalah sikap masyarakat terhadap seruan kita..
  -  Jika iman kita lemah, hati kita keras, maka kita akan melihat usaha kita kurang memberi manfaat meskipun kita banyak bergerak dan banyak melakukan aktiviti…

•      Ketiga: Refleksi Kebaikan Diri.
   - “Yang pandai berbuat baik untuk orang lain hanyalah yang yang pandai berbuat baik untuk dirinya sendiri.” (Abdullah bin Wahhab).
   - Seorang da’i tidak mampu mempengaruhi orang lain selama ia sendiri tidak terkesan oleh apa yang diserukannya itu.
    (Kitab Al-Masaar, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
 •       ...Boleh dikatakan bahawa yang terpenting kita siapkan adalah kebangkitan rohani, hidupnya hati, serta kesedaran penuh yang ada dalam jiwa dan perasaan...
•       Kami menginginkan jiwa-jiwa yang hidup, kuat, mantap, hati-hati yang segar serta memiliki semangat  yang berkobar-kobar, perasaan dan ghirah yang sentiasa bergelora, roh-roh yang bersemangat, selalu optimis, merindukan nilai-nilai yang luhur, tujuan mulia serta mampu bekerja keras untuk menggapainya...”  (Risalah Da’watuna Fii Thaurin Jadiid)

TIGA KESEDARAN JIWA DAN PERASAAN YG PERLU DIBINA
•       Perasaan Pertama: Keimanan pada keagungan risalah, bahawa risalah yang kita perjuangkan adalah risalah Allah, adalah kebenaran, adalah sebaik-baik fikrah dan seutama-utama manhaj.
•       Perasaan Kedua: Kebanggaan dalam mengembangkan  risalah. Selama kita menjadi pendokong kebenaran, maka kita adalah pemimpin bagi manusia. (QS Ali Imran: 110)
•       Perasaan Ketiga: Optimis terhadap dokongan dan pertolongan Allah. Bahawa selama kita beriman pada kebenaran dan bangga menjadi pendokongnya, maka Allah akan selalu bersama kita. Dia akan memberikan dokongan, bimbingan dan pertolongan. Dia akan selalu bersama kita di manapun kita berada. Dan bila tak ada penduduk bumi yang sedia membantu kita, maka Dia akan menurunkan pasukan dari langit untuk membantu kita...(Prof. Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali, Haula Assasiyat Al-Masyru’ Al-Islamy Li Nahdhatil Ummah)

KESIMPULANYA 
“Kader adalah rahsia kehidupan dan kebangkitan. Sejarah umat adalah sejarah para kader jundi yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak. Sesungguhnya kuat lemahnya suatu umat, diukur dari sejauh mana umat tersebut dapat menghasilkan kader-kader yang memiliki sifat kelelakian (kader berkualiti)...” (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyun)

SIFAT KADER YANG BERKUALITI

1. Pemahaman Islam yang menyeluruh dan benar bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.  (Al-Fahmu)
2. Keikhlasan yang tinggi, sehingga ia menjadi pembela fikrah dan aqidah bukan pembela kepentingan dan keuntungan peribadi. (Al-Ikhlas)
3. Mengutamakan kerja dari pada berbicara. (Al-Amal)
4. All-out untuk da’wah (At Tajarrud)
5. Selalu siap jihad dalam rangka menegakkan syari’at Allah. (Al-Jihad)
6. Siap berkorban dengan segala potensi yang ia miliki. (At Tadhiyyah)
7. Tegar di jalan untuk mencapai cita-cita da’wah, sekalipun lama waktunya, panjang perjalanannya dan berat tentangannya. (At-Thabat)
8. Membiasakan diri untuk selalu taat kepada qiadah dan jama’ah. (At-Taah)
9. Thiqah kepada kepada qiadah dan jama’ah. (At-Thiqah)
10.  Selalu memelihara kemurnian ukhuwwah yang berdiri di atas kasih sayang dan cinta mencintai.   (Al-Ukhuwwah)

CARA MEWUJUDKAN KADER YANG BERKUALITI ITU

Sampai saat ini, satu-satunya cara yang diyakini mampu untuk mewujudkan kader yang berkualiti adalah tarbiyah !
·      Tarbiyah adalah “tsawabit” (pekara yang tetap) dalam manhaj kita.
·      Tarbiyah adalah jalan kita, ciri khas kita. Dengan tarbiyah kita tumbuh, dengan tarbiyah kita berkembang dan dengan tarbiyah kita meraih kemenangan.
·      Jantung dakwah kita ialah Tarbiyah

BEBERAPA NOKHTAH PENTING TENTANG TARBIYAH:

•       Kader yang proses tarbiyahnya bermasalah akan menjadi masalah dan menimbulkan banyak masalah, baik masalah peribadi, keluarga, sosial, da’wah dan jamaah/harakah.
•       Kegiatan tarbiyah bagi kader da’wah bukan kegiatan sampingan atau aktiviti sekunder yang boleh diabaikan dan ditunda atau diganti dengan kegiatan yang lain, tetapi ia harus menjadi kegiatan yang asasi baginya yang harus diutamakan dari kegiatan yang lain, dari kegiatan da’wah sekalipun.
•       Bagi kader da’wah tidak boleh meninggalkan tarbiyah dengan alasan sibuk berda’wah atau cuti tarbiyah karena kuliah atau kerja cari maisyah (pendapatan).
•       “Saya tegaskan kepada saudara-saudara  yang memilki ghiroh Islam, bahawa setiap jama’ah islamiyah pada saat ini sangat memerlukan kader yang aktif bekerja (amil) , pemikir (mufakkir) , berani (jari’) , produktif (muntij) . Maka haram hukumnya bagi kader da’wah lambat memenuhi panggilan da’wah walaupun hanya satu minit saja“.  (Risalah Hal Nahnu Qaumun Amaliyyun)
•       “Kader da’wah yang di perlukan hari ini berbeda dengan kader da’wah kelmarin, kader da’wah hari ini harus memiliki wawasan intelektual yang luas (mutsaqqofun) , berketrampilan dan berbakat (mujahhazun) , terlatih (mudarrobun) dan profesional (mutakhasisun)...” (Risalah Da’watuna).




Wednesday, June 23, 2010

Program Pembangunan Sahsiah Pelajar: “Keindahan Bersamamu” Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Seramai 188 orang pelajar Sekolah Menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengikuti program Keindahan Bersamamu anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 5 dan 6 Jun 2010 (Sabtu dan Ahad).

Program yang diadakan selama dua hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Knowing Me, Knowing You, Inteam, Badan Cergas Otak Cerdas, Meniti Angin Malam, Kini dan Hijrah, Ku Sayang Ibu Ayah, Menyemai Kasih Menuai Sayang dan juga Rumahku Syurgaku.

Selain itu, aktiviti Menyemai Kasih Menuai Sayang merupakan aktiviti kemuncak yang melibatkan ibu bapa pelajar. Dalam aktiviti ini para pelajar diberikan semangat untuk memajukan diri dalam pelajaran dan mengenali diri serta menyuburkan rasa kasih sayang kepada Allah dan keluarga khususnya ibu bapa.

Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tanggugjawab sebagai khalifah serta memberi suntikan semangat motivasi untuk menjadi muslim yang sejati. Program Keindahan Bersamamu ini juga merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang.

Tuesday, June 8, 2010

Palestine: Malaysian Are With You

FORUM UMUM PALESTIN
Palestine: Malaysian Are With You
Tarikh: 9 Jun 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 - 11.30 malam
Tempat: Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya


Panelis2:
Ust.Hasanuddin Mohd. Yunus
YB Khalid Samad
Rep. Concil of Churches of Malaysia
Hadil El-Khouly
Rep. PACE
Rep. Haluan Palestin

Persembahan istimewa:
Puisi Palestin oleh Hishamuddin Rais
Lagu Palestin oleh Muadz
Tayangan Multimedia

Maklumat lanjut hubungi Sdra Zaharuddin 0126167819

Sebarkan! Sebarkan! Sebarkan!

“Hantar hero/heroin ke Gaza!” - Lukis Kartun Bersama Abe

PostDateIcon June 9th, 2010 | PostAuthorIcon Author: wmzukri |
lukis-kartun3


Pejabat JIM Batu, 8 Jun 2010 - Program “Jom Belajar Lukis Kartun Bersama Kartunis Abe” mendapat sambutan hangat di mana 27 peserta telah menghadiri program ini melebihi sasaran penganjur iaitu 20 orang peserta. Peserta yang hadir terdiri daripada anak-anak berumur 7 hingga 15 tahun.

Program yang berbentuk bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh kartunis terkenal Abe atau nama sebenarnya Tuan Mohd Azhar. Abe adalah pelukis asal siri “Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk” dalam majalah ASUH yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak.

Program sehari ini dimulai dengan penerangan mengenai kartun, macamana untuk mendapat pahala melalui kartun dan adab-adab dalam menghasilkan kartun. Seterusnya peserta didedahkan teknik-teknik asas melukis kartun dimulai dengan melakar muka kawan di sebelah. Ada juga peserta yang tidak tahu langsung melukis. Abe mengatakan sesiapa saja yang boleh membuat 3 bentuk garisan iaitu; garisan lurus, garisan bengkok dan bulatan, mereka sebenarnya boleh melukis kartun. Tiga garisan tadilah yang digunakan untuk melukis kartun, tak ada garisan keempat.

Antara perkara yang dipelajari oleh peserta ialah: