Thursday, September 30, 2010

BEST 10 : "Korbankan Aku"

Agenda                    : 

  • 8.00am     - Pendaftaran & Sarapan
  • 9.00am     - management Game
  • 9.30am     - Pasca-Ramadhan
  • 10.00am   - " Korbankan aku" ( sempena raya Qurban )
  • 12.00tgh   - " Cuti-Cuti Malaysia " ( Persiapan Cuti Sekolah )
  • 12.45tgh   - Ole-Ole BEST 
  • 1.15 pm     - Solat Zohor
  • 1.30 pm     - Lunch ( BBQ )
  • 2.00pm      - Bersurai
Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051
hafizbai@gmail.com

Monday, September 27, 2010

Tahniah Kepada Yazdaan Aris (Anak kepada Ahli JIM KL)

Salam.



Tahniah kepada Saudara Yazdaan Aris yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja pada Majlis Konvokesyen UTM baru-baru ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada penglibatan aktif beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.


Moga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sdr Yazdaan merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Petroleum. Anak kepada pasangan En Aris Adnan dan Pn Julie Rosieta ini juga pernah menjadi ketua pelajar ketika menuntut di Sek Men Islam Al Amin sebelum ini. Ibu bapa beliau ialah ahli JIM Kuala Lumpur.

Tahniah sekali lagi. Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua untuk sentiasa cemerlang dalam apa yang kita lakukan,insyaAllah

JK Penerangan
JIM Kuala Lumpur

Sunday, September 26, 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM KL

Salam..

Alhamdulillah, Majlis Hari Raya JIM Kuala Lumpur berlangsung dengan baik pada pagi tadi. Sekitar 250 - 300 hadirin yang hadir memenuhi majlis ini bermula jam 8 pagi.


Banner Majlis Raya
Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai aneka hidangan seperti kambing golek, mihun, satay, roti jala , roti canai dan juga buah-buahan.

Selain ahli dan pimpinan JIM Kuala Lumpur, turut hadir ialah pimpinan Jawatankuasa Pusat JIM seperti Akhi Syed Ibrahim, Akhi Nahar, Prof Sahrim, Prof Harlina dan Dr Ahmad Zainuddin.

Majlis Hari Raya Aidilifitri berlangsung sekitar dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi

Antara juadah yang ada : Roti canai dan roti jala

Antara ahli JIM KL yang hadir

YDP JIM Batu, Hasan Unir merasmikan resipi kambing golek

Thursday, September 23, 2010

[MH] Terpeliharakah takwa kita?

Oleh : Ustzh Maznah Daud

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira, lebih-lebih lagi nikmat selamat mengharungi dan menghayati Ramadan yang baru berlalu.

Kita semua maklum bahawa Ramadan adalah sebuah madrasah yang didirikan untuk menjana sifat takwa dalam diri hamba-hamba yang beriman sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah 2:183)

Orang yang bertakwa atau muttaqin adalah segolongan hamba yang paling istimewa dan paling mulia di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Hal ini ditegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,...”
(Al-Hujurat 49:13)

Orang yang bertakwa juga merupakan golongan yang diperakui berada di atas jalan yang benar dan termasuk dalam golongan mereka yang mendapat kemenangan. Di permulaan surah al-Baqarah, setelah menyebut beberapa ciri yang ada pada mereka yang bertakwa, Allah taala mengakhiri dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Baqarah:5)

Kejayaan dan keberuntungan yang diperoleh oleh mereka yang bertakwa bukan sahaja berupa kejayaan di akhirat. Sebaliknya Allah taala telah menjamin berbagai-bagai nikmat, ‘inayah dan ma’unah semasa hidup di dunia lagi.

Antaranya:

Sunday, September 19, 2010

Kepada Adik-adik tahun 6 : Selamat menghadapi UPSR!

Salam

SNN2337EXAM-682_492610a.jpg

UPSR mula esok...moga anak-anak kita cukup bersedia

Anak-anak..
..pasrah, murnikan niat, jaga amal, bersih dari hal mazmumah.
Melangkahlah dengan tenang, jawab dengan penuh yakin.

Kami warga ibubapa dan guru berhajat dan mendoakan agar kalian berjaya. InsyaAllah

Hasni Marjumat
YDP
JIM Kuala Lumpur

Wednesday, September 15, 2010

Ucapan Tahniah dan Pesanan Sempena Eidul Fitr

فضيلة الأستاذ الدكتور محمد بديع

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammad Badie’ Mursyd Am Ikhwan Muslimin

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas rasul, keluarga dan para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya. Adapun selepasnya:

Kami dengan penuh keikhlasan mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia sempena ketibaan Eidul Fitri al-Mubarak dengan mengharapkan Allah mengembalikan kita dan seluruh muslimin lebih dekat dengan Allah, lebih kekal di atas ketaatan dan menggolongkan kita di antara orang yang diberi pemeliharaan oleh Allah dan dibebaskan dari api neraka. Begitu juga kita memohon Allah mengembalikan kita dan bangsa Arab yang beragama Islam, membebaskan negeri-negeri kita dan membersihkannya daripada penjajah, menjadikan warganya bebas di negeri mereka, mengembalikan Palestin kepada rakyatnya dan mereka bergembira bersama umat Islam lain mendirikan solat di Masjid al-Aqsa sama seperti mereka bergembira mendirikan solat di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi. Hanya Allah yang memiliki kemuliaan.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Semua!

Salam

Ikhwah/ akhawat di rahmati Allah

Kita dah ke penghujung ramadhan ni. Biarlah kita graduate dengan cemerlang..itu semua bekalan-bekalan untuk kita harung sampailah ramadhan akan datang..itupun kalau Allah masih mengizinkan kita.
Bekalan-bekalan ni kita nak guna balik..lepas raya dah banyak agenda!..IKRAM khususnya.

Baliklah, berayalah bersama keluarga tersayang..kalau dapat ziarah suku sakat jauh pun lagi bagus..embah, kakik, wak lanang, wak wedok, paman, bibik… Bukan senang nak kumpul dan jumpa mereka semua ni berbanding peluang jumpa sesama kita. Berkongsi cerita, berkongsi apa yang kita lalui dalam JIM/IKRAM, berkongsi apa yang kita buat untuk perjuangan palestin, meraih hak dan keadilan sebagai rakyat Malaysia. 
Hmm rasanya itu lebih dapat melebarluaskan ufuk dakwah dan kesedaran di kalangan orang Islam kita. Ingat-ingatkan juga agar terus istiqamah amal-amal hebat bulan ramadhan.

Masa ini juga kita kena ambil kesempatan untuk menziarah jiran-jiran kita.. memang kita lebih selalu jumpa sesama kita berbanding mereka.

Ramadhan dan hari raya ini juga patutnya menguat dan meneguh malah memperbarui hubungan dengan isteri/suami kita…tautan mahabbah dengan anak-anak lagilah diperhebat. Usah lupa untuk sering doa-mendoakan sesama kita untuk semua orang juga.

Apa yang saya tulis ini sudah tentu ingatan untuk saya terlebih dahulu..

Usah lupa 26hb September 2010..Majlis Hari Raya JIM KL akan diadakan. InsyaAllah

 Menjelang eid ini saya bagi pihak jkuasa jimkl dan seisi keluarga memohon maaf apa jua kesalahan.

ketupat3.jpg


Eid Mubarak
Hasni Marjumat
YDP JIM Kuala Lumpur

Sunday, September 5, 2010

'Eid Mubarak Menggamit Kita

 
Oleh: Dr. Ahmed ‘Assal

Hari Raya Eidul Fitri kini menggamit setelah kita selesai menunaikan kewajipan ibadah puasa dengan perasaan gembira yang dirasai oleh orang yang berpuasa, mendirikan solat dan qiam, bertilawah al-Quran, berzikir dan bertasbih, beriktikaf dan mendapatkan Lailatul Qadr. Firman Allah:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur..”. (Al-Baqarah: 185)

Tahniah kepada orang-orang yang mendirikan Qiam kerana Allah menyebutkan tentang mereka di dalam firmanNya:

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan”. (As-Sajadah: 16)

Tahniah kepada para mukminin yang disibukkan dengan urusan agama mereka dan kewajipan iman mereka. Mereka meyakini bahwa tanggungjawab membela kebenaran memenuhi pemikiran mereka, kebenaran juga menguasai diri dan kehidupan mereka..Mereka terikat dan bergerak dalam ruang lingkup agama mereka dan kebenaran mengikat kehidupan, kewujudan, masa depan, dunia dan akhirat mereka.

Saturday, September 4, 2010

Memperingati Ghazwah

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang yang mengikuti selepasnya.

Ayuhlah kita mengenang semula Ghazwah Badar yang merupakan hari pemisahan, hari kemenangan sekelompok orang beriman yang sedikit bilangannya dan serba kekurangan persiapannya ke atas pembesar Quraisy yang sombong dan angkuh. Lalu Negara Islam yang baru muncul mula berakar umbi suatu hakikat yang terbukti dan kekalahan menimpa musyrikin Quraisy yang dirasuk keangkuhan, ketegaran dan kesombongan akibat kejahatan mereka.

Sempena peristiwa yang penuh keberkatan ini kita merenung sejenak keadaan kita dan keadaan umat kita yang lemah sambil bertanya: Adakah mungkin kita mampu mewujudkan Dua Badar sepertimana yang pernah dilakukan oleh para mukminin di Badar kerana Allah swt melihat kita dengan pandangan rahmat dan redha supaya kita menang seperti mereka telah menang?

Thursday, September 2, 2010

SYAHIDNYA SEORANG MUJAHID



29 Ogos 2010 genaplah 44 tahun Allah Yarham Sayyid Qutub syahid di tali gantung. Beliau dibunuh pada pagi hari isnin 29 Ogos 1966.
 
Seorang daripada dua anggota tentera yang ditugaskan menjaga al-marhum menceritakan pengalamannya bersama beliau ketika dalam penjara dan pada saat-saat beliau dibunuh.
 
“Di sana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat kami gambarkan telah menyebabkan berlakunya perubahan secara menyeluruh dalam hidup kami. Di dalam penjara al-Harbi, setiap malam kami menerima beberapa orang individu atau sekumpulan orang dewasa, anak-anak muda dan wanita-wanita. Kami diberitahu bahawa mereka ini adalah para pengkhianat yang berkerjasama dengan Yahudi! Kita mesti membongkar rahsia mereka. Dan untuk tujuan itu tiada jalan lain kecuali dengan mengenakan siksaan yang paling maksimum. Pukul mereka dengan menggunakan pelbagai jenis tali dan tongkat yang boleh mencarik robekkan daging-daging mereka!