Wednesday, March 31, 2010

Forum Dakwah Harmoni : DEKATI, HORMATI & HAPUSKAN PERSEPSI NEGATIF TERHADAP MEREKA

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas limpah & kurniaNya, satu forum ilmiah iaitu Forum Perdana : Bicara Harmoni pada masyarakat Tiong hua di Malaysia telah berjaya diadakan pada 25 Mac 2010 yang lalu.

Hari ini JK Dakwah daerah Cheras ingin berkongsikan pengalaman menyertai Forum Perdana : Bicara Harmoni pada masyarakat Tionghua di Malaysia, yang berlangsung di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, KL.

Antara panelis-panelis forum : Dr. Ann Wan Seng (Setiausaha Kehormat MACMA) dan Sdra Lim Jooi Soon (PERKIM) serta Ustaz Tuan Haji Shafie Patt (MAIS) sebagai moderator.
Seramai 130 orang jamaah sekitar Bandar Sri Permaisuri telah hadir.

Antara objektif utama forum ini ialah:

a) Memperkenalkan Islam dan menyebarluaskan dakwah kepada masyarakat ini secara meriah, kreatif dan santai serta mudah didekati oleh mereka.
b) Mengurangkan persepsi dan salah faham masyarakat ini tentang Islam.
c) Berkongsi keharmonian dan keindahan agama Islam kepada mereka.

Soalan 1 : Tentang berapa jenis suku kaum masyarakat tionghua ini? Apa budaya & sistem yang mereka amalkan? (Dr Ann Wan Seng)

Cinta Fotokopi!!!

Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dan Wanita JIM Daerah Batu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk dan Surau al-Amin Setapak Indah akan mengadakan sebuah program untuk para Remaja iaitu :


Pengendali :

Mohd Hafiz Abd Hamid (Abang Bai)

Hari : Ahad

Tarikh : 4 April 2010

Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Surau Al-Amin Setapak Indah

Sasaran : Remaja 13 - 17 tahun

Yuran : RM5 sahaja !!!

Jom...daftarkan nama anda/anak-anak anda segera kepada :

Tn. Syed Hamzah bin Syed Zainal 012-2053725
Pn. Julaili binti Abu Hassan 019-6437035
Cik Fiza Hasni binti Md Ehsan 017-8786582

CINTA FOTOKOPI

Cinta Ori Pada Ilahi...

--<--{@
KAK YONG @}-->--
Fiza Hasni binti Md Ehsan

013-3060673 Pegawai Operasi KBM KL
Pegawai TPSM Remaja KL

Air mataku mengalir mendengar takbir raya

“Asyhadu alla ilaha illalLah, wa asyahadu anna Muhammadar Rasuulullah, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”, lafaz yang diiringi dengan hati mengakui bahawa beliau sudah memeluk Islam tanpa dipaksa, dipujuk rayu atau atas desakan sesiapa pun dan dengan keikhlasan hati.


”Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”

   

Tuesday, March 30, 2010

MH : Aqsa Syarif mengorak langkah bela al-Aqsa

a
KUALA LUMPUR, 20 Mac - Tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan upacara perasmian tempat penyembahan Yahudi, Haikal 15 Mac lalu bakal mencetuskan satu lagi ledakan perjuangan besar di Palestin. Upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu memuncakkan ketegangan sedia ada di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa. 

aPada 16 Mac lalu, polis Israel bertindak ganas hingga mencederakan lebih daripada 49 orang rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian al-Aqsa. Suasana tegang ini kian meruncing sehingga menimbulkan keresahan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya, demikian pandangan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini.

MH : Boikot jenama penyokong Israel!

a

SHAH ALAM, 28 Mac - Berpanas, berpeluh, berjalan ke sana-sini, berucap, mengedarkan risalah kepada orang ramai sejak jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari tanpa henti. Bayangkan keletihan yang terpaksa diharungi oleh kira-kira 10 orang petugas lelaki dan wanita dalam kempen Boikot Israel "Walkabout" di pintu masuk Pasar Tani Shah Alam, berhampiran Stadium Tertutup Melawati di sini. 

Namun apalah ertinya keletihan yang sedikit itu jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Mereka hidup dalam ketakutan dan suasana perang setiap saat, dan dalam penjajahan selama lebih 60 tahun! Realiti itulah yang membakar semangat petugas-petugas Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan payung yang menggabungkan lebih kurang 50 pertubuhan bukan kerajaan lain dan institusi-institusinya. Para petugas ini berkempen selama lima jam bagi menyebarkan fakta tentang negara haram Israel dan sokongan kewangan yang diberikan oleh empat syarikat besar dunia iaitu Nestle, McDonald, L'Oreal dan Coca-Cola. Orang ramai diharap dapat memahami kempen ini dan berusaha untuk memboikot barangan keluaran empat syarikat berkenaan. 

Saturday, March 27, 2010

Palestin Akan Tetap Kekal

Risalah Mursyid: Palestin Akan Tetap Kekal Selama Dunia Masih Ada
Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin 
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya … Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.

RUGINYA TAK BAYAR ZAKAT

Oleh : AJK Dana JIM KL, Abdul Hafidz Hashim

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat dan mereka yang meninggalkan perkara yang sia-sia dan juga mereka yang mengerjakankan zakat” (Al-Mukminun : 1-4)

Harta dan rezeki yang ada pada kita adalah pinjaman atau pemberian Allah untuk kita uruskan penggunaannya. Ia tidak kekal pada kita, bahkan ada tuntutan yang perlu kita dilaksanakan sebagai pengurus harta tersebut. Salah satu tuntutan tersebut ialah zakat.
Zakat adalah salah satu pintu amal, pintu kebaikan dan pintu untuk mendapat pahala yang besar. Amatlah rugi jika kita memandang zakat sebagai satu tuntutan yang membebankan. Sudah sampai masanya kita membuat anjakan terhadap cara pemikiran kita yang negatif itu.

Contohilah umat di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka yang layak menerima zakat pun memilih untuk membayar zakat. Ini kerena mereka faham bahawa kelebihan membayar zakat itu sangat banyak.