Friday, April 30, 2010

Secawan kopi, sehitam akhlak remaja

a

Pagi ini aku sempat membaca berita dari sebuah akhbar tempatan yang menceritakan kisah seorang remaja tingkatan dua telah merogol teman sekelasnya. Pedihnya hati ini ketika membaca kisah tersebut. Dia masih muda, tapi mengapa jalan hitam itu yang dipilihnya? 

Rasa tersayat hati ini. Minda ini bagaikan terbeban dengan semua ini. Walaupun ini bukanlah kali pertama membaca kisah-kisah hitam dan zalim seumpama ini, ia sama sekali tidak layak dibariskan sebagai satu kebiasaan. Ia satu dosa. Ia satu keruntuhan nilai-nilai murni. Ia adalah kisah hitam!

Saturday, April 24, 2010

Utusan : Budaya hedonisme binasakan masa depan



Iman menjadi benteng kepada anasir yang meruntuhkan akhlak.



MUDA hanya sekali... Itulah yang selalu dipegang oleh segelintir daripada kita, waima lelaki, perempuan, tua mahupun muda.

Lantas yang berfikiran pendek, mereka sanggup mencuba apa sahaja, waima membelakangkan syariatullah dan sunnatullah. Yang pasti, matlamat mesti dikota.

Pun begitu, masih ramai juga yang tidak melupakan kehidupan kekal selepas kematian. Lalu berusaha memperoleh kedua-duanya sekali.

Maka, mereka inilah orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran. (al-'Asr: 1-3)

Sunday, April 18, 2010

Dr Abdul Aziz Rantisi Dalam Kenangan

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.

Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.

Tuesday, April 13, 2010

BEST3 yang Best!

Bismillahirrahmanirrahim
Salam wbt


Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi atas rahmat dan kurniaNYA,pihak KRJKL telah berjaya mengadakan satu siri lawatan ke Petrosains pada 28 Mac yang lepas sebagai aktiviti BEST kali ke 3. Seramai 61 orang peserta telah mengikuti lawatan kali ini.

~muka-muka excited nak masuk petrosains..~

~dengan semangatnya mengorak langkah~

Kami bertolak pada jam 9.00 dan tiba di masjid KLCC lebih kurang jam 9.30 untuk sedikit sesi taklimat, sarapan pagi dan soat dhuha. Kami kemudiannya membahagikan adik-adik ini kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh beberapa orang fasilitator. Lebih kurang jam 11.00pagi, kami bergerak secara berkumpulan ke petrosains. Kelihatan gembira adik-adik dapat bersama rakan-rakan mereka sambil mengutip ilmu di hujung minggu.

Thursday, April 8, 2010

Kenyataan Media sempena Konvensyen Aqsa Sharif seMalaysia 2010

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Aqsa Syarif merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Taufik dan InayahNya dapat menjayakan program Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia 2010 yang merupakan program sulung di peringkat kebangsaan untuk melonjakkan perjuangan Aqsa Syarif di persada Tanah Air.

Konvensyen ini meletakkan satu sasaran dan pengharapan yang besar untuk mencetuskan motivasi dan kesedaran yang tinggi dalam menggerakkan pendukung-pendukung Aqsa Syarif di seluruh Malaysia menggarap perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa yang bumi Palestin yang terjajah. Aqsa Syarif bergerak di atas satu keyakinan bahawa perjuangan untuk membebaskan tanah suci umat islam dan Masjid yang ketiga paling mulia dalam Islam wajib digerakkan di seluruh dunia oleh umat Islam di mana juga mereka berada. Ini bermakna Malaysia juga sebagai sebuah negara umat Islam tidak boleh ketinggalan bahkan wajib berada di barisan utama di dalam berganding bahu bersama rakyat Palestin di dalam perjuangan ini. Meskipun dari sudut geografinya bumi Malaysia dan umat Islam di nusantara berada sangat jauh dari Palestin, tetapi tanggungjawab yang dipikul oleh umat Islam di sini tidak jauh bezanya dengan mereka yang berada di Timur Tengah dan Asia Barat. Maka dengan itu semua usaha dan tenaga perlu dijana bersama umat Islam sejagat dalam barisan yang jitu untuk melaksanakan tugas suci ini. Dengan premis yang diletakkan ini maka Aqsa Sharif menggariskan beberapa objektif yang akan dicapai di dalam Konvensyen Aqsa Sharif seMalaysia 2010.

  1. Mengumpulkan semua penggerak-penggerak Aqsa Syarif di seluruh Malaysia di dalam satu konvensyen demi menjana dan menyelaraskan penghayatan yang optimum terhadap gerak kerja di peringkat Negeri dan Daerah. Aqsa Sharif yakin kesedaran untuk bersama memperjuangkan isu pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang terjajah perlu digerakkan di peringkat akar umbi. Aqsa Syarif berharap penggerak-penggerak akan dibekalkan dengan bahan-bahan, maklumat dan sumber-sumber yang membantu mereka meluaskan capaian kepada setiap individu, kampung, mukim, daerah, negeri sehingga ke peringkat Nasional.

  1. Aqsa Syarif juga meletakkan sasaran untuk menjana kesedaran dan membina kefahaman seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak terkecuali semua golongan tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan keturunan terhadap tuntutan perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa (termasuk semua masjid dan tempat-tempat ibadat penganut agama Kristian yang kini diancam oleh rejim Zionis Israel) dan bumi Palestin yang diduduki secara haram (yang merupakan pelanggaran kepada Resolusi PBB, piagam PBB, undang-undang antarabangsa, Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Geneva).

  1.  Aqsa Sharif juga yakin bahawa usaha ini menuntut kepada penyediaan generasi masa depan untuk meneruskan perjuangan yang panjang dan menuntut kepada perancangan yang tersusun. Kerana itu Aqsa Syarif memperuntukkan sejumlah tempat yang besar kepada generasi muda terutama mereka yang berada di IPT di dalam konvensyen ini bagi memperkasakan mereka dalam perjuangan yang suci ini.

  1. Aqsa Sharif akan menggariskan strategi gerak kerja untuk Memperkasa Umat Membebaskan Masjid al-Aqsa yang menjadi semboyan kewujudan Aqsa Syarif di Malaysia. Aqsa Sharif mahu merealisasikan satu visi agar seluruh umat Islam khususnya melihat perjuangan ini sebagai tanggungjawab peribadi yang digarap dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran. Apabila setiap umat Islam diperkasakan dalam isu ini, mereka sendiri akan bangkit mengerah tenaga, pemikiran dan sumber sekuat mungkin ke arah mencapai matlamat perjuangan suci ini.

  1. Daripada Ucaputama dan pembentangan-pembentangan kertas kerja yang disusun di dalam konvensyen ini, Aqsa Syarif meletakkan satu piawaian yang perlu dicapai oleh semua wakil-wakil dan penggerak-penggerak Aqsa Syarif di seluruh negara baik dari segi gerak kerja, pengoperasian di lapangan, kempen perkaderan, kempen kesedaran dan penguasaan maklumat dan isu-isu semasa dan terkini di sekitar perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.

Aqsa Syarif merakamkan rasa syukur sekali lagi di atas sokongan semua pihak di dalam mendukong visi dan misi Aqsa Syarif serta bertungkus lumus untuk menjayakan Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia dengan objektif-objektif yang digariskan. Aqsa Syarif juga memberi penghargaan yang besar kepada pihak media yang sentiasa menyokong perjuangan Aqsa Syarif termasuklah di dalam memberi liputan kepada aktiviti dan perkembangan Aqsa Syarif dari masa kesemasa. Kami mempunyai keyakinan terhadap media di dalam memanjangkan lagi capaian Aqsa Syarif kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya untuk menghayati aspirasi Aqsa Syarif terhadap pembebasan Masjid al-Aqsa dan Bumi Palestin yang terjajah.

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi
Aqsa Syarif
25 Rabi’ul Akhir 1431H/10 April 2010

Wednesday, April 7, 2010

Perkongsian Daurah JIM KL : Fiqh Solat

Assalamu`alaikum.

Alhamdulillah Daurah 01 & 02 anjuran MTN JIM Kuala Lumpur berjaya dilaksanakan pada Ahad lepas (4 April 2010) di Sek Al Amin KL. Daurah kali ini membincangkan tajuk Fiqh Solat yang dikupas oleh tokoh yang tidak asing lagi, Ustazah Anisah.

Kehadiran daurah kali ini amat membanggakan apabila alhamdulillah seramai 103 peserta yang hadir pada daurah kali ini walaupun pihak penganjur hanya mensasarkan kehadiran sekitar 30 orang.

Tajuk yang dibincangkan dikupas dengan baik dan menarik oleh Ustazah Anisah. Antara lain, Ustazah menyentuh mengenai isu fiqh sekitar wuduk, tayammum, solat jamaah, solat qasar dan solat jamak.Walaupun perbincangan agak terhad memandangkan masa yang agak pendek, insyaAllah peserta telah mendapat banyak manfaat dari daurah ini.

Kita harapkan kehadiran yang ramai ini menandakan dakwah ini semakin berkembang dan momentum ini berterusan.. insyaAllah.. doakan!

Beberapa gambar yang sempat diambil.
Pendaftaran Peserta

Peserta memenuhi dewan

Sebilangan peserta lelaki

Teliti mendengar penyampaian Ustazah Anisah

Peserta perempuan seramai 87 orang
JK Penerangan JIM KL

Tuesday, April 6, 2010

Dapatkan buku ini sekarang!


Buku ini memaparkan isu-isu yang mewarnai perjuangan rakyat Palestin dari tahun 2007 - 2009, satu period yang paling getir dan cukup menekan rakyat Palestin. Penduduk Gaza sudah terpenjara sejak tahun 2006 dan mengalami krisis kemanusiaan yang paling tragis dalam sejarah tamaddun manusia. Baitul Maqdis semakin diancam dengan proses pengyahudian dan Masjid al-Aqsa terus diancam dan diceroboh dengan pelbagai cara. Rakyat Palestin semakin terhimpit oleh tembok aparthied yang merenggut hak mereka dan membataskan pergerakan mereka. Sementara rakyat Palestin di khemah pelarian terus mendekam di sana sejak 62 tahun yang lalu.

Buku ini akan mengupas persoalan-persoalan Perjanjian 'Damai' yang dipaksakan ke atas rakyat Palestin, Penyelesaian Dua negara yang amat mengelirukan, dasar Zionis yang terus berhasrat untuk mengekalkan Palestin sebagai negara yang diduduki, ancaman pelampau Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa yang berterusan, Pelanggaran-pelanggaran Resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa oleh regim Zionis Isreal. Buku ini juga menjelaskan tentang pendirian dan inisiatif HAMAS untuk mengenengahkan penyelesaian politik yang tidak merugikan dan menggadaikan masa depan rakyat Palestin.

Adalah diharapkan buku ini akan menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bahawa perjuangan untuk membela rakyat Palestin adalah tanggungjawab semua warga dunia. Ia adalah satu penindasan yang tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Sesiapa yang membaca buku ini diharap akan menyedari tanggungjawab kemanusiaan yang terpikul di atas bahu semua untuk membebaskan rakyat Palestin yang sudah teraniaya dan dizalimi sejak sekian lama.

Harga buku di Semenanjung RM20, Sabah dan Sarawak RM22. Halaman 216 ms. Diterbitkan oleh JIMedia dan PACE. Buku ini adalah buku yang ke 11 dalam siri 'Bebaskan al-Aqsa'

Sebahagian keuntungan hasil jualan buku ini disumbangkan kepada anakanda Abdullah Abdul Rahman yang akan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada bulan ini. Setakat ini sumbangan yang telah diserahkan hasil dari jualan buku ini kepada beliau ialah RM152. Sebahagian lagi sumbangan adalah untuk projek Lifeline 4 Gaza. Jumlah yang terkumpul untuk tujuan ini hasil dari jualan buku ini ialah RM152.

Terima kaseh kerana sudi untuk menyambut dan memanjangkan kempen membeli buku ini untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Untuk urusan tempahan boleh hubungi terus penulis di no 013-3685367 atau e-mail  hafidzi.mohdnoor@gmail.com
JZKK
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Palestine Centre of Excellence)

Monday, April 5, 2010

Kewajiban Kita Menyelamatkan Al-Aqsa dan Mengembalikan Palestin

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 18-03-2010


Segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya..

Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam, masjid suci ketiga dan tempat Isra’ Rasulullah saw. Dari sini tempat baginda Mi’raj (naik) ke langit tertinggi. Palestin adalah peninggalan Nabi Muhammad kepada kita, amanah Umar di dalam tanggungan kita, perjanjian Islam di bahu kita.

Justeru Palestin dan Al-Quds adalah sebahagian dari akidah umat Islam. Pengabaian dalam hal ini bererti pengabaian dalam mendokong kitab Allah, warisan Rasulullah dan para nabi lainnya, tamadun umat dan akidahnya. Melepaskan sebahagian tanahnya kepada Yahudi atau kepada lainnya, atau setidak-tidaknya mengakui hak selain orang Islam ke atasnya, maka hal itu adalah haram sama sekali kerana tanahnya bukan milik individu, kelompok atau negara tertentu setelah Palestin ditakluki oleh kaum muslimin dan Allah menetapkannya untuk kita.

Sunday, April 4, 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM

PROGRAM :
 
SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM
 
 
 
TEMA :
 
"IBU TONGGAK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK"
 
 
 
TARIKH :
 
10 APRIL 2010
 
 
 
ANJURAN BERSAMA:
 
 
 
WANITA JIM TITIWANGSA
 
PERSATUAN PENDUDUK TMN MELATI KAWASAN 8
 
PIBG SEK.REN.ISLAM PINTAR (SRIP)
 
 
 
TEMPAT :
 
DEWAN PUSAT AKTIVITI MASYARAKAT FASA 8 , TAMAN MELATI
 
 
 
WAKTU :
 
8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
 
 
 
PENCERAMAH :
 
USTAZ ALIAS OTHMAN
 
 
 
PENALIS FORUM:
 
  IR ENDOK SEMPO MOHD TAHIR
 
DR. ROSELAINY ABDUL RAHMAN
 
 
 
Semua yang berkelapangan dijemput hadir sama

Thursday, April 1, 2010

Islam membersihkan hatiku



Saya suka Islam sebab agama Islam hati saya bersih dan semangat saya juga bersih.” Itulah ucapan dari mulut saudara baru kita Leong Chung Heng yang mengucap syahadah di Bilik Islah Pejabat Pusat Komuniti JIM. Beliau terasa sedap di hatinya terutama bila berdoa pada Allah swt malah dengan semangat bersih itu membawa fikirannya ke arah kehidupan bahagia. SubhannalLah. Maha Suci bagi Allah.
Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”