Thursday, August 19, 2010

Persinggahan terakhir seorang sahabat

arwahanas
HULU KELANG - Tanggal 19 Ogos 2010 kira-kira jam 9 pagi, seorang ahli JIM, Muhammad Anas Ahmad Zabidi,  45, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Ampang. Allahyarham yang kali terakhir bertugas sebagai Pengarah MIDA (Malaysian Industrial Development Authority) Kedah/Perlis menghidap barah tulang sejak dua tahun lepas. 

arwahanasJenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di surau Darul Saadah, Taman Keramat Permai AU1C berhampiran rumahnya. Kira-kira 120 orang menyertai solat jenazah yang dilakukan sebaik sahaja selesai solat Zuhur. Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa dengan van jenazah ke Tanah Perkuburan Taman Keramat untuk disemadikan. 

KENYATAAN MEDIA : PENGAGIHAN SUMBANGAN RAYUAN RAMADHAN 1431H PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

20 Ogos 2010 / 10 Ramadhan 1431H


Hari ini kita telah masuk hari ke sepuluh Ramadhan. Ramadhan, awalnya rahmat,
pertengahannya keampunan dan akhirnya membebaskan kita dari api neraka. Usaha
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) meneruskan program Rayuan Ramadhan
pada tahun ini iaitu program penajaan berbuka puasa dan sedekah di negara atau
tempat umat Islam yang faqir dan miskin, yang sedang ditindas, yang ditimpa musibah
dan yang dilupakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sasaran kami
ialah untuk mendapatkan penajaan untuk 100,000 orang. Setakat ini, sumbangan telah
mencecah penajaan untuk 20,000 orang setelah lebih seminggu kita berpuasa.

Sukacita dimaklumkan bahawa kita telah pun memulakan pengagihan bagi fasa 1
termasuk beberapa penyerahan agihan kepada wakil-wakil kami pada hari ini. Antara
yang akan diagih hari ini ialah untuk negara Kemboja, Myanmar dan Pakistan. Agihan
pertama telah dilakukan pada 16 Ogos yang lepas kepada Negara Vietnam berserta
dengan sumbangan 580 kg kurma melalui wakil Islamic Community Ho Chi Minh City
Vietnam (ICHCMCV) untuk umat Islam di sana.

Pada tahun ini kami memutuskan untuk memberi sumbangan yang lebih kepada
mangsa mangsa banjir di Pakistan. Sebagaimana yang kita ketahui, keadaan banjir di
Pakistan begitu buruk sekali sehingga ada yang mengatakan ianya lebih dahsyat dari
tsunami 2004.

PACE: Ulang Tahun Perang Oktober 1973 - beberapa pengajaran

BULAN ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 38. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Wednesday, August 18, 2010

Short Film Kempen 3R "Muhasabah Ramadhan"

Kenyataan Media : Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre kali ke 6

Kenyataan Media Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre kali ke 6
bagi tahun 1431 H/ 2010
18hb Ogos 2010 / 8 Ramadhan 1431H

Syukur alhamdulillah, sekali lagi Hidayah Centre (HC) berpeluang menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) buat kali ke 6 tahun ini. HC merupakan sebuah institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru. Tujuan utama penubuhan HC ialah untuk memberikan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada saudara baru disamping memberikan penjelasan dan berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sehingga hari ini, Hidayah Centre telah beroperasi di 14 buah cawangan iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

MIPHC ke-6 ini adalah kesinambungan program MIPHC sebelumnya yang bertujuan mengumpul dana pengoperasian dan aktiviti Hidayah Centre seluruh negara. Alhamdulillah pada tahun lepas, kita telah berjaya membuat kutipan kasar berjumlah RM175,000 melalui program MIPHC ke-5. Penyertaan yang semakin meningkat ini juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tokoh bukan Islam ke dalam majlis MIPHC tahun lepas. Ini sesuai dengan hasrat Hidayah Centre untuk memberikan penerangan dan penjelasan seluas mungkin kepada sesiapa sahaja mengenai Islam termasuk rakan-rakan bukan Islam yang berminat.

Memandangkan tuntutan menyantuni saudara baru seluruh negara semakin mendesak, serta keperluan berinteraksi dengan bukan Islam semakin penting demi memartabatkan syariah Islam, MIPHC pada tahun ini akan melebarkan lagi sayapnya ke dua buah negeri lagi iaitu di Sabah dan Pulau Pinang selain dari Putrajaya seperti tahun-tahun sebelumnya.  Dengan ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menyumbang dana serta turut terlibat dalam misi dakwah Hidayah Centre.

Pada tahun ini, Hidayah Centre mensasarkan kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000.00 diperolehi dari MIPHC di ketiga-tiga tempat demi untuk menampung kos pentadbiran dan bantuan kepada saudara baru yang memerlukan melalui semua cawangan Hidayah Centre di seluruh Malaysia. Ini termasuk inisiatif menubuhkan Hidayah Training Centre bertempat di Kota Kinabalu, Sabah yang bakal melahirkan para duat  dikalangan saudara baru. Pengambilan seramai 20 pelajar pertama Hidayah Training Centre dijangka pada hujung tahun ini.